Saturday, February 4, 2012

idea doorgift simple

salam..

buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, ini ada idea untuk doorgift korang. idea ini hanya untuk majlis bajet sederhana/rendah sahaja.sebab i pun plan hendak buat doorgift ni masa majlis bertandang adik kat rumah i bulan mac nanti. idea ni hanya simple dan barang- barang mudah didapati.jadi tidak lah membazir sangat hendak order ber-pieces barang2 yang mahal..apa yang penting tetamu happy dapat bawa hadiah balik walaupun murah.betulkan niat dan mohonlah keberkatan daripada majlis. idea ni sangat common bagi majlis-majlis di kampung2 dan juga golongan sederhana..

#first item yang wajib ada ialah paper bag, harganya tak lah mahal, affordable lagi.
(optional plastic bag yg kecik2 tu)

#surah yaseen (beli secara pukal kat Mydin atau mana-mana store yang beli banyak boleh dapat murah)

#Kek Apollo (sangat sedap dan murah, budak-budak lagi sukee..)

# candies /gula-gula (boleh pilih mana-mana perisa je, letak dalam 10 biji/bag)

# Lollipop (ni idea my mum..dia nak bagi pelik sikit..err maybe sebab dia yang suka kot)



# Ni optional, apam polkadot (kena order 200 pieces, kalau u ols boleh buat sendiri lagi bagus, save budget)..ni kira boleh replace dgan kek apollo la..nak tukar dengan muffin coklat pun boleh kan..
(lawa kan apam ni, okay boleh tengok di blog asyazain..mana tahu leh order)

okeh, ini adalah yang simple sahaja.yang penting tetamu dapat bawa pulang sesuatu ke rumah kan. kalau hendak idea grand lagi tunggu post lain lah yer.

selamat mencuba.

2 comments:

Kekzamanis said...

Buat utk adik jer??? Ko bile plak?? Ngeeee~~~ =p

noor hasliza zainul abidin said...

aku? err takpe...aku nak buka kedai pengantin dulu..baru aku kawen..ngeh3..

Post a Comment