Friday, December 7, 2012

The Life of Pi film review

Err, dah nak tengahari tapi masih ngadap lappy.bila nak gi masak ni..cam malas pulok sebab esok nak balik kampung..yeay!!.

Semalam kami gi dating, hmm dah lama tak gi dating tengok wayang cam zaman bujang..auww feeling lebih-lebih semalam..suami dah siap-siap beli tiket online, kami pi tengok kat OU.. wayang pukul 10 malam.sempat la seinggah Giant, Kota damansara jap beli barang nak buat kek batik..hehe. suami geeng kepala je, dalam dok singgah beli barang simple2 je pun dah habis dekat seratus..mahal betul barang sekarang ni ek??


wayang yang kami pi tengok tu tajuk dia The Life of Pi. kalau ada 10 bintang, 10 bintang la saya kasik. 10 stars!!!!!.. tak tau lah kenapa memang best cerita tu kalau bagi tiket free pun memang nak gi tengok lagi.. cerita berkisar tentang kisah hidup Piscine (Pi) yang berjuang di tengah laut dalam bot yang kecil dengan seekor harimau Bengal. nampak macam simple je cerita tapi sarat dengan pengajaran dan motivasi. hmm.. maca terasa saya pulak di tempat Pi.. kisah ini bagus ditonton oleh segenap masyarakat terutama individu yang sedang berjuang dalam hidup..memang motivated betul lah. sedih pun ada gak. memang berair jugak la mata tengok ending dia. last sekali kisah ini akan mengajak kita berfikir secara logik.. terserah kepada kita macam mana nak menilai filem tu mengikut persepsi. Pi meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini.. selagi hidup selagi itu kena berjuang. Don't give up because Allah swt is always there to help u, berdoa dan berdoalah.

this film is worth watching.. 10 stars!!! thumbs up !

Thursday, December 6, 2012

Tips pujuk suami

Perhatian, tips ini hanya untuk isteri sahaja ye. gf ke bff ke tak boleh guna. InsyaAllah sama-sama manfaatinye ye. Kalau berlaku perselisihan faham dan gaduh itu adalah adat dalam rumahtangga. walaupun saya masih lagi kategori honeymoon, namun harus juga perkemaskan diri dengan ilmu-ilmu rumahtangga.

Sudah semestinya apabila berlaku sahaja pergaduhan antara suami-isteri, si isteri sering sahaja merasa sangat sedih dan tidak bermaya. Isteri haruslah sentiasa berfikiran positif dan kuat agar rumahtangga yang dibina berkekalan. Jangan terlalu ikutkan emosi dan perasaan kerana syaitan mudah menguasai diri kita saat kita sedang tertekan. Isteri haruslah bersikap bijaksana. Jadilah isteri dan suri yang disayangi suami dengan bertenang. Bukankah diam itu lebih baik daripada memaki hamun suami atau melalak seperti orang yang kurang waras. Isteri yang dapat mengawal marah dan bersikap tenang adalah kebanggaan suami. Normal bagi suami yang sedang marah akan menjauhkan dirinya buat seketika. Biarkan dirinya berdiam diri seketika, biarkan suasana senyap sebentar. berikan dia ruang untuk berfikir. kadang-kadang lelaki yang berdiam diri selepas bergaduh tidak semestinya dia masih dalam keadaan marah. Cuma dia memerlukan masa untuk berfikir. duhai isteri, kesiankanlah mereka. Persiapkanlah diri kita. Renungkan apa salah kita.

Mari kita tengok tips-tips memujuk suami yang menjauhkan diri;
1. buat isteri, istighfar dan ingat Allah swt terlebih dahulu. letakkan kesalahan itu pada kita. berdoalah bersungguh-sungguh pada Allah swt. letakkan segala harapan kepadaNya.
2. mohon kemaafan suami dengan sepenuh hati
3. bagi ruang untuknya bertenang. Usah diasak dengan pelbagai soalan dan maki hamun
4.biarkan dirinya bersendirian (anggaplah dia di dalam gua). jika keadaannya sudah tenang, dia pasti akan keluar dari gua tersebut
5.namun begitu, isteri harus bersikap biasa (menyediakan makanan,pakaian dll).jangan pula kita membalas dendam dengan tidak memasak. ini akan menambah kemarahannya.
6.tegurlah suami sekadar sahaja dengan mesra (contoh panggil makan. dsb)
7. urut badanya tanpa dipinta ketika menonton tv. suami pasti menghargai.
8. pakailah pakaian yang sedikit seksi dan wangi-wangian
8.jika sudah seminggu masih berdiam diri, isteri harus menegur suami seperti biasa. anggaplah suami malu untuk memulakan perbualan..bukankah ego lelaki tinggi.

setiap lelaki berbeza sifatnya, namun setiap isteri harus bijak mencari cara untuk memujuk suami masing-masing. semoga kita semua menjadi isteri yang solehah. lebih baik kita memilih untuk memaafkan dan mengalah kerana hikmah perkahwinan itu sendiri adalah untuk memperoleh ganjaran pahala dari Allah swt. suami hanyalah pinjaman dari Nya semata-mata. berdoalah semoga pinjaman itu berpanjangan dan berkekalan sampai ke syurga.

Doa ketika hujan dan ribut

ketika artikel ni ditulis, hujan lebat dengan kilat petir sabung-menyabung. hmm jom sama2 amalkan doa ni.


Dipetik dari blog Shafiqolbu: boleh kita sama-sama manfaatinye.

Ar Ra’du (petir) adalah suara yang terhasil dan dapat didengar dari awan. Manakala As Showa’iq (kilat) adalah api (cahaya) yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir yang kuat.
.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya tentang petir, lalu Baginda Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam menjawab;

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

 “Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”  (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)
.
Ali radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga, “Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”
.
“Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah SWT, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya.” (Lihat Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/263-264)

Wallahualam.

Wednesday, December 5, 2012

Tips bekerja di tempat baru

Since ni dah masuk bulan December, so tinggal lagi sisa-sisa cuti sekolah lebih kurang 3 minggu. fuh.sekolah nak mula dah. maknanya tahap hormon estrogen dah mencanak naik ni.macam mana agaknya sekolah baru tu ye.hmm..tetiba takut pulak kan..yela sekolah lama dah best2 pahtu kena pindah pulak.betullah kata orang bertemu dan berpisah memang adat.ceewah..tapi penghijrahan kali ni mungkin untuk tempoh yang lama, since kali ni ikut suami. so lepas ni tak ada excuse lagi lah nak tukar sekolah (except sekolah jauh sikit dari rumah dalam 10km,hmm hopefully boleh cari rumah untuk di beli di area tu) kalau tak, hehe kena pindah cari sekolah dekat sikit.

tak kisah dekat ke jauh sebab suami yang hantar nanti.hehe. kesian kat lesen kereta dok terkepit je dalam purse, harap sangat agar ada masa terluang nak belajar balik bawa kereta.apa tah yang ditakutkan sangat nak drive ni.

takut.risau.gemuruh. perkataan-perkataan negatif tu lah yang selalu ada dalam diri ni.hm, azam baru nanti nak jadi lebih berkeyakinan and dapat enyesuaikan diri di sekolah baru.mari kita tengok tips2 berikut:

1. Sentiasa senyum dan beri salam kepada semua orang.
2. Jangan memencil diri, sertai rakan sekerja dalam setiap aktiviti.
3. Jangan terlalu pasif atau terlalu dominan sewaktu berbual.
4. Hormati rakan sekerja walaupun jawatan mereka lebih rendah daripada anda.
5. Jangan memilih rakan, cuba berbaik dengan semua orang.
6. Jika rakan sekerja anda memberi tunjuk ajar, berikan perhatian walaupun anda sudah tahu perkara tersebut.
7. Jika terdapat konflik di tempat kerja, cuba elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak.
8. Tunjukkan sifat rajin agar anda lebih senangi oleh rakan-rakan sekerja.
9. Bertanya jika tidak tahu, jangan jadi bodoh sombong.
10. buat kerja yang orang lain tak mahu buat (fill in the blank)
11. jangan bergosip dan mengulangi/bertanya tentang khabar angin (rumours)
12. be creative and work hard
13. Jaga penampilan diri dan pertuturan.

hehe diharap agar tips ni berguna untuk saya dan anda.sekian.

everyday i love you

 to my dearie husband,

I don't know but I believe  
That somethings are meant to be 
 And that you'll make a better me 
 Everyday I love you
I never thought that dreams came true
 But you showed me that they do
 You know that I learn something new 
 Everyday I love you
'Cos I believe that destiny Is out of our control (don't you know that I do)  
And you'll never live until you love 
 With all your heart and soul.
 It's a touch when I feel bad
 It's a smile when I get mad 
 All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you more 
 Everyday I love you
'Cos I believe that destiny Is out of our control (don't you know that I do) 
And you never leave until you love 
 With all your heart and soul  
If I asked would you say yes?  
Together we're the very best I know that I am truly blessed 
 Everyday I love you
And I'll give you my best
 Everyday I love you