Thursday, February 23, 2012

kraf rose- rose kuning untuk sahabat..rose merah?

Alhamdulillah, meeting PPKI pagi ini berjalan lancar. walaupun tak cukup korum, sorang ada latihan sepak takraw tapi meeting tetap meeting. semua berjalan baik. i nampak kemajuan dalam kelas PPKI i. rasa cam harmoni sangat. rasanya this is the best school yg i pernah attended. lepas meeting, macam kebiasaan, teacher zee, cikgu su, cikgu jaa, cikgu din,cikgu wan, kak zura, kak pah serta budak2 PPKI akan rehat sama-sama. kitorang sangat close like family. bukan tidak bercampur dengan cikgu lain, yes ada masa kitorang makan sama-sama dengan cikgu2 lain..tak ada apa yang pelik pun. diorang faham kami biasa makan dengan budak2. lagipun, kami dengan cikgu2 lain sangat kamceng, so what's the difference?hari ini sangat enjoy..entah tak tahu kenapa.

lepas rehat, ok masuk kelas 1, i ajar S.A.S tajuk Haiwan..so far budak2 kelas ni boleh membaca dengan lancar and faham soalan yang dijawab dalam kertas.good! hmm i suka pegang prinsip " hendak ajar budak-budak kena jadi macam budak-budak".. maksudnya, cikgu kena jadi sedikit macam diorang untuk bagi diorang faham apa yang di ajar, kan? level umur macam ni diorang suka berkawan then buatkan diorang selesa dengan kita barulah senang nak didik. but, terpulang pada masing-masing yang mana lebih selesa. for me, i prefer to choose this one. sebab kita boleh enjoy!!!! dulu..hehe..

okey, lepas kelas sains, kena ajar subjek PSV..nasib lah semalam ada baca blog member pasal kraf bunga ros. so hari ini kelas kita adalah kraf bunga ros..hehe..semua orang enjoy je buat ni..walaupun macam sedikit rumit, tapi best sebab semua orang bekerjasama.thanks to ena sebab wat entri pasal ni.
okeh, barang2 nye cuma kertas segiempat sama, pensil, gunting, and i upgrade sikit dari gam guna double tape..hehe sebab cepat and kemas je nanti hasil dia..
steps:
1.lukis corak spiral pada kertas
2.then, gunting ikut corak (akan jadi bentuk ubat nyamuk)
3. gulung kertas yang dah dipotong ikut bentuk ubat nyamuk tu
4. lekatkan double tape pada bottom sebab nak kasi kemas..

i tak sure yang member i buat macam mana pada bottom bunga tu. so far, hasil dia awesome lah. ppm i lekat2 dekat sugar paper and buat border bagi nampak macam frame..owh..this is awesome!!!
okeh, this is the first step

ambohh khusyuknye kak pah..ops! amir is right beside her

our new teacher, cikgu Sue and haziq, and aina sabrina papa-mama grrrrr..

nonproductive paper-cutting factory!! haha..sekerat jalan terus berhenti..ishh
our hardworking kak pah and kak ura
okeh, this is not finish yet!
teacher zee and 'baby'..she's trying to calm kimi down from going outside the class

okeh, i'm not in the picture..hukk..next week, bolehlah tunjuk hasil yang dah siap..tadi tak sempat siap sebab loceng dah bunyi kringgggggg!!! budak2 dah balik,cikgu jaa pun angkat beg, naik keta, balik rumah..hehe..

thanks and bye for now.love cikgu Jaa.

Wednesday, February 22, 2012

Kelas Math-Mari mengenal nombor

Okeh, ni aktiviti last yang cikgu Jaa ajar untuk Math sebelum subjek tu ditukarkan kepada cikgu baru..hukk.. takpe, cikgu Jaa tak kesah pun asal budak2 boleh faham and enjoy dengan cikgu baru. hehe. Cikgu Jaa lebih suka ajar sains and PSV sebab boleh lah kraf macam2 kan.alamak penuh lah kelas dengan projek2. kesian PPM tak larat nak layan cikgu Jaa kot..heee..Last activity untuk kelas-4 Low Function, cikgu Jaa ajar mengenal nombor. tajuk ni dah banyak kali ajar, tapi biasalah budak2 ni kan, cepat  aje lupa, kena ulang 2-3 kalu. tu pun lepas cuti panjang hai tu terus lupa semuaa..huu kesian diorang, sebab cikgu Jaa sangat busy 2-3 minggu ni, takpe2, semoga dengan kedatangan cikgu baru ni, korang akan lebih faham ye..heee..

Ni aktiviti simple sebagai pengukuhan lepas bagi penerangan. nombor bulat 1-5 je dulu sebab kalau ajar banyak2 kan terus tak boleh nak catch up semua. cikgu Jaa pernah buat ni waktu praktikal. so far, lecturer yang observe kata sangat bagus lah sebab ada terapkan unsur2 terapi psikomotor kan. budak2 istimewa mesti kena ada unsur2 begini baru lah boleh cepat melekat dekat minda kan. bahan2 yang diguna pun sangat simple, boleh je ubah-suai mengikut minat cikgu, cikgu jaa guna biji2 cam polistren guna untuk gubahan bunga, biasa ada kat kedai barang perkahwinan. gam, tali and paper wajib ada macam biasa.

barang2: paper bag, tali, gam, gunting, sugar paper

tengok diorang khusyuk, nak2 si Ain tu..
hehe..hati2 gam belum kering lagi..
Once gam dah kering, biji2 tu pun melekat dengan kemas, budak2 ni dah boleh pegang2 and rasa hasil kerja diorang, next class boleh guna ni untuk bagi diorang ingat nombor.

thanks and bye for now.love- cikgu Jaa.

Sunday, February 19, 2012

petua hilang sakit belakang?

penat sesangat 2, 3 minggu ini..tapi nasib ada orang yang sudi membuat i ketawa di sekolah. thanks!..
rasa hendak pergi berurut, tapi orang tua kata tak elok kalu belum kahwen sudah biasakan diri dengan mengurut..nanti badan jadi manja..betul ke? adehh kalau time dok sakit gini memang buat2 xdengar aje lah orang tua2 kata kan.ade petua camne hendak kurangkan sakit belakang, bahu dan leher ni?

Tuesday, February 14, 2012

dating dgan nik lagi..

ohh sebab kami sama2 bujang jadi banyak masa nak habiskan sama2..layan je gambar kami dating ye..=)
lokasi : nasi air pok awi,pantai air tawar, pukul 6 pm..

posing mesti sebelum maman..=)

okay nik, candid menjadi ..hehe


entah aksi pe la ni..

ni favourite drink this year..teh o  beng limau

sedap giloss kopok ni..bukti tinggal 3 keping lagi..hee
lihatlah dunia..makan sambil menjamu mata..
oh..licin eh makan..sah mu memang lapar..hehe

ok i like!

sedapnye..famous rice porridge ever..

 wokeh, sesiap yang mencari tempat2 makan menarik di Besut, inilah dia. sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda..Pok Awi Nasi Air, Pantai Air Tawar.~sekian.


Monday, February 13, 2012

projek keras tangan

hehe ni punya yang projek awal tahun-januari hari tu..dalam banyak2 ni memang faveret cikgu jaa..sebab nampak macam semua bersatu hati buat ni..memang pun, masa tu semua berkumpul ramai2 nak siapkan ni..cikgu wan, teacher zi, cikgu din, cikgu sura n cikgu pah..i lap u ols lah!walaupun simple giler nak buat tapi hasilnya memang osem sebab tambah2 ada ayat kat tengah2 tu 'we are family". thanks to cikgu 'sura' sebab printkan ikut idea cikgu jaa..hehe..ni kenangan yang paling cikgu jaa tak boleh lupa..semua tekap ikut tangan masing2 dibantu oleh cikgu2 yang sporting and best!! thanks to geng PPKI-SKNT..love u ols!

oh i love this one very much..we are family, right?
nak buat ni cikgu jaa guna kertas warna untuk tekap tangan. lepas tu budak2 ni sendiri yang guntung and tampal kat sugar paper. semua dorang buat, cikgu jaa cuma tunjuk contoh saje..best kan.seronok jadi cikgu ni..=)

Sunday, February 12, 2012

kelas Pendidikan Khas- peneguhan tingkah-laku- projek rumah kotak

rumah kotak yang dah senget..hehe
okay, hari ni banyak ambik gambar projek2 kat kelas..projek rumah ni last year punya. ni buat untuk kelas syahmi.sebab xlarat nak layan dia yang hiperaktif tu, cikgu jaa buat lah satu projek yang boleh  buat dia duduk diam..so far alhamdulillah semua budak kelas tu boleh sit down and can build this together. ini adalah satu peneguhan untuk Syahmi especially sebab dia sorang je yang suka membantah cakap cikgu jaa.huu..cikgu jaa pun dah kering idea camne nak dia dengar then the idea was pop-out accidently. okay, barang-barang yang digunakan untuk buat rumah kotak ni of course kena ada kotak(depends on u of what type of box do u want), gam, gunting, kad manila/kertas keras, warna air, hiasan. semua benda2 common yang selalu ada dalam kelas kan.
first, kena belah kotak jadi dua part lah.then buatkan dinding dengan mengukur lebar dan tinggi dinding yang dikehendaki.lepas tu boleh decorate dengan buat almari, katil, sinki, sofa dan lain-lain.bab-bab interior design ni cikgu jaa serahkan pada syahmi and the gang, dia sebut, cikgu jaa lukis aje..pahtu nak lekatkan benda2 ni kena lebihkan guntingan bahagian bawah seolah-olah ada tapak apabila dilipat..idea ni dapat dari Puan Kay (member lama) yang buar rumah kotak untuk anak dia.anyway thanks Kay. dah senget-benget rumah ni sebab budak2 ni suka masukkan tangan dalam ruang2 rumah tu nak pegang itu-ini..huu sabo je la kan..semua dorang yang siapkan..cikgu jaa tukang lukis je..dah siap semua siap pamer lagi and tak kasi kelas lain sentuh pun. semangat je dorang ni..hehe..sabor je lah.






kelas Pendidikan Khas- Kemahiran Hidup-Ikan Hiasan

alhamdulillah dah masuk bulan februari..kerja kat sekolah masih bertimbun.terpaksa KIV dulu hendak siapkan profile kelas. fokus sekarang aktiviti kokurikulum dan nak siapkan kantin sekolah memandangkan GB dah banyak kali bagitau i, KPI dia tahun ni hendak indahkan kantin..adehh..dalam pada dok sibuk2 tu, sempat jugak siapkan satu projek dengan anak2 murid tersayang, projek ikan hiasan..
mula-mula cikgu jaa lukis ikan pada kertas, then kasi budak2 ni warnakan lawa2.. siap warna tu gunting ikut bentuk then tampal pada kertas keras/kertas manila..okay once gam dah kering, gunting lagi sekali..then kalu nak cantik ikan tu tampal dengan double tape belakang dan depan (konon2 jadi sekor ikan-sebenarnya guna dua gambar ikan)..then, buat lubang pada bahagian atas ikan, ikat dengan benang/tali..taraaaa dah siap and leh gantung dah..okay ikan dah siap kena la ada akuarium kan..buat akuarium dengan kotak, buatkan lubang dihadapan and kedua-dua sisi..konon2 macam akuarium betul lah..okay tengok hasil ni yang final touch oleh cikgu jaa, syahmi, nizam, harris dan epul..tak lupa juga k.zura (ppm)..thanks!! siap sudah projek ikan hiasan, cikgu jaa bagi nama 'Flip-flop Fishes'..cute tak..

ikan yang budak2 ni sudah warna..huu nampak sangat cantiknye..
taraa..sudah siap..cuma nama je belum tampal..
sudah siap gantung and letak pokok2 hiasan, batu warna-warni tu, budak2 ni pakat dok kerumun..cantiknye cikguu..cantiknya..huu..cikgu jaa pesan "jangan sentuh, tengok aje.."..hehe sebab masa tu belum letak plastik cover jadi takut batu-batu habis berterabur..bila tengok budak2 happy, cikgu jaa pun happy..at least this one also can be as therapy for them.cikgu sayang korang.=)


Friday, February 10, 2012

finally,i did it!

huhu..akhirnya..haha thanks nik sebab sudi teman aku..dah lama xpraktis skill driving ni..hehe kesian lesen dok berhimpit je dalam dompet. takpe, ni kena masuk kelas lagi 2-3 kali baru lah boleh tajam balik skill..punyalah plan nak gi dekat aje, tup..tup sampai Bukit Keluang. dah la bawa si kancil, manual pula tu..hu.dua-dua tak reti bawa manual..asyik berhenti tepi jalan berebut tak nak bawa..tapi i kuatkan semangat sebab cikgu kat sebelah tu tak menggelabah, jadi i pun turut confident. 
dah siap parking, kitorang pekena ABC baik punyer!! kat situ sambil menjamu halwa telinga dengan karaoke yang mmmm besttt sesangat korang..jangan lupa korang pergi sana weekend meriah sangat!..masa nak balik tu, ada pula sorang 'pakcik'..err sebab dah tua kot leh panggil pakcik..tiup2 seruling..emm sekali pandai macam tak berapa betul.kitorang buat bodo aje lah. okay masa on the way balik, ikut jalan kampung je, tetiba pakcik tadi follow dengan motor dari belakang..menggelabah la kami.follow saje orait lagi, ni dah la bawa motor, tapi bukan duduk mcm biasa tu, dia duduk mcm passenger perempuan duduk, dua-dua kaki ke kiri, tangan tak pegang stereng sambil lambai2 tunjuk tanda bagus kat kami..waaaaa..takut gilerr..dah la jalan sunyi pulak tu..cikgu nik kat sebelah tu lagi la menggelabah..nasib i buat tak menggelabah sangat..dalam kepala dok fikir ada tak kayu nak pukul dia kalau dia buat apa-apa..haha keji betul i..nak tengok x gambar2?..read more k..

Thursday, February 9, 2012

kelas best!!

haha..best betul hari ni asyik gelak je..huu..
tengok ni gambar budak baru kelas kami..kitorang panggil dia 'baby' sebab paling junior and comel kan.first sampai sekolah xnak masuk kelas menjerit2, and mcm2 'peel' lagi..dah 3 minggu ni, so far perubahan tu ada..better la dari sebelum ni..dah nak masuk kelas, tapi yang tak tahannye excited sangat masuk kelas cikgu ni..best sangat kot  cikgu wan ajar..haha..cer tengok gambar..huu
hehe korang ada?


Tuesday, February 7, 2012

kisah hati..

 

thumbnail.aspx

Setiap orang telah ditetapkan jodoh oleh Allah swt. Lambat atau cepat semua adalah perancanganNya. Usah terlalu risau akan jodoh di dunia. Janji Allah swt itu benar, semua makhluk yang diciptakanNya adalah berpasang-pasangan. Tenangkan hatimu duhai teman, dirimu tidak bersendirian..tiada jodoh di dunia bukan beerti hidupmu tidak bahagia. Sibukkan diri dengan amalan buat bekalan menghadap kekasih hati yang kekal abadi di akhirat sana.

penat vs busy= best!!

Hmm tak tau nak kata pe..semalam baru habis majlis kat sekolah..ada lagi 2 majlis yang nak kena buat bulan ni..Larian cergas dan Sambutan Maulidur Rasul. kalau tanya kat semua guru SKNT, mesti semua cakap best walaupun penat.best sangat jadi cikgu =)

ok entri ni bukan pasal sekolah ye..hee..tapi pasal persiapan majlis adik i.huu..last week ayah i pergi ke Nilai untuk majlis si kecil Mia. Happy 1st Birthday Mia. Mommy sentiasa doakan Mia panjang umur,sihat dan jadi anak yang solehah. Dalam kesempatan itu, sempatlah kirim kat ayah beli barang-barang kahwin.kat Nilai kan banyak kedai-kedai kahwin cantik2 dan murah2..i sendiri pun dah banyak kali pergi.tapi kena pandai2 pilih la..banyak gedung2 pengantin yang famous2 tu. rasanya kedai2 pengantin kat mana2 pun banyak yang borong kat situ.

ok, sepaaruh dari barang2 dah beli, tapi still kena cari kat Jerteh ni juga..weekend ni mari menyerbu kedai pengantin,.ok check balik pe yang belum beres.

untuk majlis bertandang, kitorang decide untuk bagi doorgift cara lama.maknanya bagi telur tangan je. very simple kan.tengok ni banyak ayah beli..huu
bunga telur

bekas hantaran berkaki

huu..bekas tu beli dalam 5 untuk acara bertunang..dalam tu nanti letak bakul kot..weekend ni baru nak survey..wish me luck k!

Saturday, February 4, 2012

senarai keperluan majlis perkahwinan

Sebab kepala dah penuh sangat dok fikir benda kena buat, so sebelum lupa meh kite tulis aje kat sini..berguna juga untuk korang yang nak handle majlis atau jika korang sendiri nak kawen kan..
Ok, here goes the job list which you should do dear:

idea doorgift simple

salam..

buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, ini ada idea untuk doorgift korang. idea ini hanya untuk majlis bajet sederhana/rendah sahaja.sebab i pun plan hendak buat doorgift ni masa majlis bertandang adik kat rumah i bulan mac nanti. idea ni hanya simple dan barang- barang mudah didapati.jadi tidak lah membazir sangat hendak order ber-pieces barang2 yang mahal..apa yang penting tetamu happy dapat bawa hadiah balik walaupun murah.betulkan niat dan mohonlah keberkatan daripada majlis. idea ni sangat common bagi majlis-majlis di kampung2 dan juga golongan sederhana..

#first item yang wajib ada ialah paper bag, harganya tak lah mahal, affordable lagi.
(optional plastic bag yg kecik2 tu)

#surah yaseen (beli secara pukal kat Mydin atau mana-mana store yang beli banyak boleh dapat murah)

#Kek Apollo (sangat sedap dan murah, budak-budak lagi sukee..)

# candies /gula-gula (boleh pilih mana-mana perisa je, letak dalam 10 biji/bag)

# Lollipop (ni idea my mum..dia nak bagi pelik sikit..err maybe sebab dia yang suka kot)

Friday, February 3, 2012

mari belajar menjahit baju kurung

okeh, dalam dok busy nak buat kerja, my mum sibuk pulak dok push2 belajar menjahit..adehh.dah bape hari asyik dok paksa belajar menjahit dengan dia..sebab katanya asyik dok upah orang je.membazir duit je.nak tak nak pagi tadi kena jugak mengadap dia.barang-barang semua dia dah prepare kan tinggal duduk je..huu.wokeh,first timer mcm i kena lah ada barang-barang :

#kertas minyak/surat khabar
#gunting
#tali ukur
#pembaris panjang


hmm..sebab tak ada kertas minyak, kitorang belasah je guna surat khabar..pun boleh..hee tapi buat saiz kiddy je lah..

Ma cakap:

# mula-mula lipat kain, bahagian yang tidak terbelah tu di atas
# then, ukur bahu dulu (15 inci), lebihkan basi dia 1/2 inci kiri dan kanan
# then, ukur labuh baju berapa..juga lebihkan basi (bahagian depan baju lebihkan
1 inci lebih banyak dari belakang-1/2 inci je)..tepi pun kena ada basi 1/2 inci
kiri dan kanan k.
# then, ukur lengan..labuh lengan and lebar
# then baru ukur pesak, dari lengan tu sampai labuh baju..(2 1/2 inci bahagian
pesak atas, 3 1/2 inci bahagian bawah..lebihkan basi 1/2 inci tepi,atas dan bawah)
# buat kekek pula, 4 inci segiempat sama..lebihkan basi 1/2 inci
# kemudian sambung2kan lah basi tu, then jahit..
# leher baju kurung kena ada sampel kad untuk ukur tu (kad tu sedikit bujur), kena
buat dua lapis untuk bahagian bawah.
# kain pula senang je lipat dua..lebar kain ukur punggung.then baru jahit pinggang..

hehe..sape2 tak faham boles message k..nanti ada masa i post sampel ukuran baju kurung..

selamat mencuba..adios.

gubahan hantaran pertunangan adik

salam,

ok bulan ni dah kena start working out untuk majlis adikku..huu..langkah bendul ye, bak cincin seutas!

banyak giler nak kena buat..majlis akad nikah/bertunang 12hb mac, resepsi 13hb, bertandang 15hb mac..busy..busy..nak-nak i sorang je yang tinggal kat rumah. so semua kerja i yang kena uruskan dari menempah par, membuat hantaran, menyiapkan 'siso'/door gift, tempah kek, menjahit langsir..waaa anyone nak tolong?

nasib baiklah hantaran perkahwinan dah tempah dengan makcik..kuranglah sikit beban..hmm kena mula dari awal at least buat hantaran pertunangan tu dulu. ada lah dalam 5 par.barang-barangnya adalah:

live life to the fullest!!

alhamdulillah,

weird thing happened to my life these few days.i appreciated everything who comes to my life. thanks!! ;)

Wednesday, February 1, 2012

ais krim cornetto

damn i miss Cornetto ice cream very much..sigh! when can i have my life back, eating ice cream without any guilty...nak makan ais krim cornetto..huu.why should i struggle with this every single day of my life. alamak kenapa mesti terbayang aiskrim ni malam2.sabar2, kandungan kalori dia pun sudah mencapai 300+..termasuk lemak trans lagi..bestnye aiskrim cornetto coklat yang ada kacang2 tu..sedapnya.hmm..sabo2..

huu.. kalau termakan amacam mana hendak hapuskan kalori ais krim dengan cepat?
# my tips is buat skipping sejam
# but i love aerobic dancing so much!

try lah, sejam pun xcukup..hehe tapi dah lama xaerobic, asyik busy je sekarang..huu..