Sunday, April 29, 2012

apam polkadot cute

as salam.

semalam saya try buat apam polkadot atas permintaan ibu tersayang for the second attempt. percubaan pertama awal tahun lalu kurang berjaya rasanya sebab;
- air kukusan belum mendidih sepenuhnya, dah letak apam
-xmasukkan ovelette (sangat penting ni untuk apam yang gebuss)

kemudian, semalam try buat and dengan success sekali apam tu jadi gebu and tekak pun rasa sedap.tak tahulah ma and yang lain rasa camna. buat banyak2 and bawa gi sekolah, adik pun tumpang bawa gi office dia jugak..alhamdulillah, masa free ni lah nak try buat macam2..latihan sebelum jadi bini orang. sebab guna paper cup yang besar, so nampak kecik je apam tu, apepun happy la sebab kali ni menjadi..betul lah kata orang, dont give up easily, practice makes perfect!

hehe paper cup yang besar belasah je sebab xsempat beli

okay, sesiapa nak try, ni ada resepi, senang saja..
resepi dia:

bahan-bahan:

3 biji telur (dr peti sejuk)
275gm gandum
220gm gula halus
150gm susu segar (belasah susu cair je)
3 sudu baking powder
1 sudu teh ovelette
filling (blueberry or choc)
pewarna

cara-cara:

-mix kan semua bahan and pukul kelajuan maksima selama 6-8 minit
-bahagikan adunan and warnakan ikut pilihan
-masukkan setiap warna dalam piping beg
-picitkan sedikit warna ke dalam mangkuk kertas then dot-dotkan dengan warna pilihan
-picitkan filling secukupnya (saya masukkan ditengah2 and lapis dengan warna asas baru dot-dotkan dia)
-kukus dalam kukusan yang dipanaskan terlebih dahulu selama 1--15 minit.

taraaa..dah pun siap. simpan dalam bekas bertutup bila dah sejuk ok untuk elak jadi keras..selamat mencuba..esok try pavlova lak.wish me luck!


Thursday, April 19, 2012

aku dan gemokkkkk

as salam

semua wanita nak kelihatan cantik, berseri, slim molim kan? huu nak tanya korang, puas hati tak dengan bentuk badan? entahlah dari kecik lagi i ada prob ni..masa kecik2 sekolah rendah badan sihat2 jugak, tapi tak ada lah chubby sangat.lepas tu masa darjah 6, boleh pulak sedar dari lamunan and bertekad nak kurus.memang tak makan nasi la, entahlah i pun tak ingat macam mana boleh setekad itu padahal masih budak lagi kan. then the result memang betul2 wow..memang kurus giler, cekeding, cicak, keremping and semua lah seangkatan.tak sure lah sebab masa tu dah masuk sekolah menengah kan, mungkin sebab busy and aktif ke boleh kurus gitu. tapi memang betul saya diet gile2 time tu..masa form,member2 dok panggil cicak. tetibe sedih plak.huk. tengok gambar pun muka cam sakit je..seyess memang tak lawa langsung dengan cengkung..then masa form3 mula bertekad balik nak berisi..huu..tak pernah nak syukur kan? so apa lagi cari tips camne nak berisi. terbaca lah kisah penyanyi As feminim yang dah berisi sikit sebab makan berat awal pagi..huu lepas tahu kisah tu memang saya makan nasi je pagi2 buta..tapi xnaik jugak..hu.lepas spm masuk matrik melaka, berat mula naik dari 40 something ke 48.. best kan? masa tu excited and happy sangat..okay dah memang nak maintain je.. then further study kat UMS.walah, berat naik mencanak2 la sehingga 54.huu memang tembam la kan time tu dengan umur yang masih muda..hukk cedihnye..lepas graduate, kerja di KL,  berat naik lagi dalam 56kg..huu.then sambung study kat IPGM KDRI, masa ni memang kategori obes dah kot, 60kg..sedih sangat tau..tengok gambar je macam ada belon kat pipi, baju2 tok sah cakap lah semua ketat2..malu sangat.then posting kat SKPJ, berat turun sikit2 sebab aku dah pandai control makan, and ada wat exercise sikit2. then transfer ke SKNT, aku gile2 exercise plus jaga makan, then turun 55 kg, alhamdulillah dekat setahun dah leh maintain ni...harap2 boleh lah turun 50kg sebelum bulan 8. good luck to me!!

Sunday, April 15, 2012

diet yo-yo oo je..

malam ni makan nasi lemak 3 sudu, sekeping roti coklat, air milo..hopefully calory intake xde la ngeri sangat..dah malas nak baca calory kat plastik roti tu..cam xde mood dah sekarang nak diet..makan main sebat je..minggu ni lak baru nak start balik exercise..adoii. sakit-sakit badan ha.. karang dah perasan kurus sikit mula la makan banyak tak hengat..yo-yo oo je..huu..harap2 la turun to 50kg or at least maintain..adoiii..penat la asyk berdiet ni..boleh ke nak macam ni je..hukk..

Saturday, April 14, 2012

sakit bermusim

as salam...

betullah kata orang, setiap orang ada ujian yang berlainan..ada yang diuji dengan kekayaan, ada yang diuji dengan kemiskinan, kesihatan, kesakitan, dan bermacam-macam bentuk ujian. tinggal lagi bagaimana kita nak deal dengannya kan. hmm..2-3 minggu ini family aku diuji dengan pelbagai jenis penyakit..mula-mula kakak satu family terkena keracunan makanan hingga ke unit kecemsasn hopital seremban, kemudian ayah pulak hypertension, then baru nak reda, adik pulak demam panas,..hmmm..sembuh adik, ma pulak terkena gastrik/ulser perut.baru tadi bawa pi klinik..then petang tadi juga adik ipar dimasukkan ke ward disyaki mengandung luar rahim, tapi alhamdulillah baby selamat, rupa-rupanya terkena penyakit kencing kotor?apa tu?aku pun xsure..macam-macam la kot orang baru kahwin ni.. harap-harap lepas ni tak ada dah..risau juga sebab aku je yang belum..huu harap-harap tak ada pape lah kan..aku pun dah banyak sangat ujian sekarang ni..harap mampu bertabah lah..alhamdulillah diberikan kesempatan menikmati macam-macam kurniaan Allah swt..diberikan kesempatan kasih sayang yang tidak terhingga..terima kasih kepada yang sudi berkongsi dalam kesempatan yang ada..semoga kita semua baik-baik sahaja dan diberi kekuatan menempuh hari mendatang..amin..

misi mencari tudung nikah

hmm den kena ready ni..at least start sikit2..nak cari idea camne nak pakai tudung masa akad nikah nanti..huu tak ada idea pape la..kalu boleh biarlah simple and sopan..

picture credit to kitakesitu..macehhh.. kalau boleh nak pakai yang macam ni..huu..mana nak cari ye.. ada idea tak..ke nak D.I.Y ni... ada satu lagi yang memang adorable giler ah..cam aida gadis melayu ni..tapi berangan je la..mana nak cari ekk..nice je..sebenarnya nak lari dari tudung awning biasa tu..
satu lagi cam bienda ni..hmm cantik tapi cam melaram sangat lah pulak kan..macehh seindah wajah sebab hehe copy gambar..

 i nak yang labuh tutup dada..hmm  kena pakai shawl la labuhkan.kan?
atau macam ni la last option and senang nak cari..

simple and senang..tak payah pening kepala..cuma nanti jahitkan manik2 bulat kat tepi layer tu then kat atas awning..ni yang d.i.y ni.. nak cari yang plain putih..hmm idea!
cik mood sila la muncul..bila nak ready ni cik zonann??

Thursday, April 12, 2012

i am a princess

best kan kalau betul2 jadi princess ni..dapat layanan special..macam mimpi je..tapi sekarang hakikatnya or reality nya hanya mimpi..buka mata semua tu akan hilang..tak sanggup rasanya nak hadapi semua ni..yang realitinya tak seindah mimpi..walau hanya sekejap, tapi sangat bermakna..harap tak nak bangun tidur and kehilangan semua ni.bolehkah tidur sampai bila-bila..tak nak bangun2 lagi..

no word can describe

nape la asyik berdebar2 aje ni..hmm ya Allah, jauhkanlah ape2 yang tidak baik buat diriku..semoga semua orang di bawah lindunganNya.

 saat-saat macam ni terasa mahu nangis sepuas-puasnya..kenapa mesti begini???

Wednesday, April 11, 2012

pls dont be so sad

macam2 yang berlaku, hidup perlu diteruskan...duhai hati jangan bersedih2 okay..senyum,smile..zonann plase dont cry.lama giler xbuat ayat tu.. ayat faveret zaman2 dulu..'zonann don't cry'..sekarang kena lagi kuat..betul2 tak boleh nangis.

Allah swt saje yang tahu..hmm insyaAllah ada hikmahnya..amin.

Wednesday, April 4, 2012

berita gumbira!!!

yeay, new baby in the making! what a lovely surprise. balik sekolah pukul 3 berjemput dek si adik n wife. then singgah farmasi sat..pahtu tengok adik iporr tersipu2 depan kaunter main tolak2 dengan husband dia..ape plak  ni.nak beli pe..kakak penyibuk pun mcm blh agak je..terus direct je tanya, nak beli pregnancy test kit ke? hehe dorang gelak..i pun terus je bagitau adik kat kaunter tu..malu eh..aku pulak yang tak malu..huu mungkin sebab aku macam dah tua2 sikit. and lebih matured berbanding budak2 tu walaupun belum kahwin.hu..xpe2 pengalaman nih..balik umah terus dia pi check..tengah dok cuci2 muka, adik suruh i tengok kat kit tu, eeeeee dah ada dua line lah! hehe kakak penyibuk yang over excited ni terus telefon kakak kat nilai and makcik..report! wahhhh semoga semuanya baik2 sahaja..tetiba rindu mia..anak sedara first..dah tuooo makcik ni..bila nak ada anak sendirik?

Tuesday, April 3, 2012

rindu?

rindukan seseorang..nothing much to say. have to bake something in order to put him out of my head. titik.