Wednesday, March 6, 2013

kita doakan yang terbaik

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah..

semua rezeki datang dariNya yang maha kuasa. sekarang tak tahu nak expect apa.

first start where all the story began was bila sakit perut sengggut  yang rasa macam luar biasa sikit sebab berlaku cramp perut pada tengah2 malam,sakit perut cam lebih kurang 2 minggu tapi still tak period2 jugak..hmm..

lepas balik dari terengganu, terus pergi jumpa doktor. sebab takut ada simptom cyst atau fibroid.
doa saja lah yang mampu.cik p pulak masih tak datang-datang juga. dah lama..last period bulan 12. pada mulanya rasa agak normal sebab period memang tak teratur.so kali ni rasa memang datang lambat lagi. tapi dalam hati dok berharap jugak kot2 ada rezeki nak dapat baby kan. so ada juga la test 2-3 kali..tapi semuanya =(.

then, pada hari sabtu yang hening tu, pergi lah ke klinik Sariah di Nilai. story la kat doktor tu pasal senggugut ni..memang doa la agar doc tu tak cakap ada cyst. doc tanya dah kawen ke. sudah. lepas tu dia suh baring nak scan.. arrghh sudah..dalam hati dok putus2 doa jangan la ada cyst..minta lah hanya senggugut normal. doc tunjuk lah dalam rahim kosong tak ada pape. fuh lega.. doc cakap tak pregnant..pahtu dia tanya ada tak buat upt test. saya cakap ada dah lama masa raya cina. padahal baru last week tu check tapi still -ve. :( sedih lagi..uhuks..doc suruh buat upt test lagi..alamak..kuar bilik doc pegang botol nak gi toilet.. cik somi tersengih2 dah..malunye..dah la ramai orang..nak kuar toilet bawa botol urin pun segan juga..cover2 skit hulur kat nurse..hehe..

kemudian tunggu la kat luar dengan somi.. then, doc panggil suruh masuk bilik. atas meja dia ada upt test tu. tapi tak perasan pun barapa jalur. doc cakap kalau ikut upt ni dah ngandung.huuhuuuu....
saya macam tak percaya je..
tak boleh percaya kan ni doc, kena check sekali lagi kan..hehe boleh plak cakap gitu kat doc.
doc macam pelik pulak. last dia cakap dah ngandung la ni..and dia suruh datang balik nak scan baby dalam 2 minggu lagi..haiii macam mimpi je.

emm sampai sekarang sebenarnya masih tak percaya selagi tak nampak kat scan tu. tunggu la jumaat ni nak scan. harap2 betul la ada isi..hopefully ;)