Friday, January 4, 2013

sekolah baru..yeay!!

salam.

hari ni masuk hari ke-3 sekolah bermula untuk sesi 2013. fuh! sangat la mencabar.
terlebih dahulu sebelum ni saya lapor diri di pejabat. masuk saje pagar utama sekolah nervous datang. suami jenuh dok menyabarkan insan yang kurang yakin ni. satu pagar sekolah ada 2 sekolah.pelik kan. maknanya dalam satu pagar ada sk damansara jaya 1 dan damansara jaya 2. sk damansara jaya 1 ada 2 blok + manakala sekolah yang satu lagi cuma ada stu blok. sekolah kami kecik aje. murid pun dalam 100+ maybe. xsempat nak survey figure sebenar.

mula-mula lapor diri kena la jumpa GB, saya cuba control diri agar tidak bercakap terlalu banyak. nanti boleh tercungap-cungap.saya mahu kelihatan tenang, jadi saya lebih banyak senyum dan mengangguk.sekali-sekala menjawab serta melontarkan soalan.

okay dah. minggu last cuti sek kami ada buat meeting hari-hari.weee..so hasil meeting dapat la beberapa jawatan. em alhamdulillah sebab pengalaman di sekolah lama boleh diaplikasikan di sini. fikir positif. dapat jawatan yang besar tak ada la terkejut sangat sebab dah pernah rasa kat sekolah lama dulu. so boleh diterima.

2.1.2013 first day school! mula-mula cuak juga..keluar rumah dalam 6.50am.fuh rupanya kami silap besar kerana rupa-rupanya semua orang pun terfikir nak keluar awal hari pertama sekolah.maka jadi lah kami tersekat dalam jammed di tol damansara selama lebih setengah jam. aduyai. kota damansara ke damansara jaya tak ada la jauh sangat sebenarnya, dalam 10km je.tapi disebabkan semua orang pun berebut-rebut maka trafik jadi siput sudah.

sampai di sekolah sudah pukul 7.45am. perhimpunan pagi sudah bermula dan murid tengah nyanyi lagu sekolah..haru je. malu pun ada.

okay first class start lepas perhimpunan. emm time to know my pupils. dah la jadi cikgu kelas lagi ni. okay checked! sorang anakjapanese mix, sorang cucu tan sri, orang anak siamese, chinese, malay all mix together. huu yang harunya, yang japanese tu kena la cakap fully english. so kena la asah balik lidah yang sudah berkarat ni nak cakap english.wakaka. yang tambah harunya, masa first day tu satu hari tan sri, anak and menantu dia yang doktor ada dalam kelas..waaa malunya.namun kugagahi jua..huu

akhirnya habis minggu pertama. then next week kena jadi guru bertugas.ketua pulak tu..adeh.
apapun, alhamdulillah dekat dengan suami. no more complaints! thanks Allah.