Saturday, December 10, 2011

oowhh i just love my life!!

salam..i'm back to my diary.

welcome school holidays..welcome long holidays..welcome times for sleeping-beauty and especially warmest welcome to Disember 2011. i'm glad to be a teacher..fuhh!! what a beautiful life i have.praise to Allah swt.

okeh. sekarang sudah masuk minggu ke-4 bercuti.maknanyya ada lebih kurang tiga minggu lagi untuk menghabiskan cuti sekolah sebelum bermula sesi persekolahan 2012. sebahagian hhati rasa amat tak sabar, separuh lagi takut. emm tak sabar nak alami banyak peristiwa2 mencabar 2012.tak sabar nak kerja.tak sabar nak kelam-kabut.ohh i just love my life. emm takutt tu sebab takut tak termampu hendak buat kerja. takut akan ada masalah baru.macam2 adoo..sekarang tengah semangat nak kerja. betul lah kata orang time kerja kena ada juga gap untuk rest or take a break, barulah leh boost semangat balik.kan? bila kenang2 balik alhamdulillah macam2 yang berlaku 2011 ni, tapi Allah swt tu maha kaya, semua masalah and perkara berjaya diselesaikan.harap2 2011 akan berakhir dengan baik, walaupun akhir2 tahun ni ada pulak perkara yang tak diingini berlaku.hmm.okay lets not assume that as a problem.it has spiced up my life and yeah of course wake me up from doing something wrong. life has ups and downs, rigt?



now still have 21 days to 2012..i'm waiting patiently.thanks family and friends for always being there for me.love you all so much..live life to the fullest!!!!

Sunday, November 27, 2011

end-year 2011 giveaway?

hah? apakah? kerana sudah agak lama tidak masuk blog, maka tidak tahu perkembangan terkini dunia perblogan.tambah-tambah lagi tengah asyik-masyuk bercuti kunun-kunun cuti-cuti malaysia la pulak. yang sempat dibuat time cuti adalah on facebook sekali-sekala. maka tetiba phoof! dapat message chat dari adinda tersayang misspolaris minta kakaknya join contest ni..lalu jari terus klik pada link blog cikfiera.
first time buka blog tu, mata terus terpesona.alamak cutenya wall ala-ala pinkish gitu. dengan cursornya yang ada fallen love raining everywhere,cute-cute..eh camne nak buat cursor gitu eh..ha kan dah start berangan..okeh back to the topic, ni lah banner contest ni..cute kan..

selalu saja dengar pasal giveaway ni dan selalunya tak ambil port pun sebab busy..busy..busy..hmm apo nak dikata kan..tapi baguslah busy maknanya masih ada pekerjaan yang Allah swt kurniakan, dan bermaksud Allah swt jua telah mengurniakan rezeki kepada kita. Alhamdulillah atas segala nikmatMu..

untuk cikfiera n semua silent readers .."

ingat tu..buat kerja biar bersungguh2 agar hasil yang diperolehi juga cantik.ok.orait..oops lupa lak nak jemput puandiyana baca entri ni..hehe join jgan xjoin diyana.ok.peace no war=)

mencari keberkatan-NYA..

hidup adalah satu perjalanan yang panjang..umpama berjalan di satu lorong yang sepi berseorangan. kita tidak tahu apakah yang ada dihadapan sana, apakah yang bakal menemui kita.yang pasti.. di sepanjang perjalanan banyak duri dan lopak yang kita pijak. kita mengaduh sakit, mengaduh penat dan sesekali langkah kita terhenti mencari tempat berteduh..

,

kita juga hampir putus asa dalam perjalanan..terkadang di suatu masa kita berjumpa dengan manusia yang tidak mempedulikan kehadiran kita..kita sangat bersedih namun kita tetap meneruskan perjalanan. suatu masa kita bertemu pula dengan golongan yang baik, terleka kita seketika dek layanan yang mesra, namun kita harus meneruskan perjalanan dan meninggalkan mereka di belakang..kita terus berjalan..kemudian bertemu pula kita dengan dengan seseorang yang juga berjalan sendirian. lantas kita menyapanya lalu berjalan beriringan. tiba di suatu persimpangan, kita dan dia berbeza impian lantas memilih simpang yang berlainan..maka kita kembali berseorangan untuk meneruskan perjalanan..di setiap langkah, kita makin lemah, namun mujurlah pepohon dikiri kanan jadi tempat bersandar..setelah kembali bertenaga, kita masih lagi berjalan dan terus berjalan..namun kita tersedar dimanakah sebenarnya titik perhentian.apakah tujuan yang kita cari dalam satu perjalanan yang jauh..walau kemana pun kita sebenarnya, apa pun tujuan kita, sebenarnya kita perlukan keberkatanNya..kerana setiap manusia mempunyai takdir dan ketetapan yang tersendiri.kita sebenarnya berseorangan di dunia ini dalam menuju Ilahi, jika jalan yang kita pilih menuju kebaikan, maka selamatlah kita, jika jalan yang kita pilih hanya kerana dunia, maka malanglah kita..lorong umpama hidup kita, panjang dan berwarna-warni..jika kita tabah dan sabar dalam menempuh kehidupan ini, alangkah indahnya ganjarannya kelak.jika hidup bahagia didunia yang dicari-cari maka jahanamlah kita. carilah keberkatanNya kerana itulah sebenarnya tujuan hidup kita..wallahualam..

Wednesday, September 28, 2011

polis lebih stress?

baru semamalam post entry pasal stress ni, hari ni berita harian kuar tajuk stress gak..hehe..macam terkono batang hidung sediri je..yela, polis memang kejenya lagi stress sebab nak kena keje dgan pistol and senjata mau nya tak stress, my adik yang polis tu pun hari2 suruh doa agar selamat setiap kali operasi.kitorang kat rumah pulak yang tumpang cuaknya..huu..apepun, semua kena bersyukur sebab ada kerja kan.okeh meh nak share tips atasi stress di kalangan guru especially cikgu PK;

tipsnya:
1.niat ke sekolah mestilah lillahitaala (betul2 kena perbaiki niat, bukan kerana bosan duduk kat rumah jek k)

2. jangan bertangguh buat kerja!!(very2 important to follow..kalau tak memang la stress nak hambat due date, nak submit report, dsb)

3. jangan mengasingkan diri(carilah teman untuk berborak, at least can make u smile)

4.create la suasana dalam bilik guru yang ceria (bergurau senda, bawa la kudapan untuk dishare, sekali-sekala buat pot luck time rehat)

5. jangan bawa balik masalah ke rumah (begitu juga masalah rumah ke sekolah)

6. senyum, dan sentiasa beprasangka baik (kalau sorang dua yang perangainya menyakitkan hati kita, ingatlah itu adalah warna-warni kehidupan, layan je...)

7. bertenang, tarik nafas dan jangan cepat melatah..

8.akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya dihindari dari orang-orang yang zalim..

insyaAllah inilah tips yang aku gunakan untuk kekal ceria di tempat kerja..kalau stress lagi, aku layan je budak2, nyanyi2, borak2, perhatikan gelagat dorang, then dengan sendiri nya akan tersenyum..alhamdulillah, banyak solusi yang Allah swt bagi tapi kita kena cari and terus berfikir...peace and smile!!

Tuesday, September 27, 2011

aku positif..

huu alamak banyak sangat kerja, sampai tak tahu nak sentuh mana dulu.hmm..okay, prinsip kerja aku dari dulu.."priority first" so sekarang kena list down semua task yang kena settle then baru organize ikut keutamaan. bila nak setel ye keje-keje ni? dah lama tak menikmati tidur yang berkualiti. setiap hari tidur jam 1-2 pagi, dah la siang tak tidur gak..adehh patut la mata aku lebam.letih nak cover dengan concealer. apepun, aku tetap positif, aku gembira dengan kerja sebagai guru. orang kata jadi cikgu ni kerja senang, balik awal.hmm takpelah, hanya guru sahaja yang tahu penat lelah kami. balik memang awal, tu pun kalau tak de aktiviti or program. balik pulak bukan berlenggang-kangkung, ada saja kerja yang diangkut bersama.paperwork,surat2,profil kelas, design mural, design partition kelas, HRMIS, timetable,minit mesyuarat, buku pengurusan ko. adehhh..nak2 lagi aku sebagai guru pendidikan khas, ramai yang perli kerja relaks setakat mengajar basic je..okay, takpelah, guru pendidikan khas sahaja yang tahu. tapi tahukah anda bahawa guru-guru pendidikan khas juga ada pentadbiran dan pengurusan kelas sendiri. contoh fail-fail meja, RPI, pendaftaran kad, pendaftaran murid sekolah menengah, dan bla-bla..itu belum lagi tambah dengan keje-keje sebagai SU Ko..waaa..tapi aku positif..hee aku kan superwoman..aku percaya Allah swt rancang yang terbaik untuk kita.. aku percaya sebab aku boleh buatlah Allah swt bagi keje-keje ni dekat aku.maknanya aku ni mantopp lah kan..heee hidup cikgu!! (sempat eh lagi berblog dengan kertja bertimbun?) ape kesss cikgu..

Sunday, September 25, 2011

penting ke ujrah 1%?

hmm, hari ni baru selesai print semua dokumen dari web ptptn.rumit jugak nak apply ujrah ni..dah selesi print, kena lak isi form, then kena beli setem hasil lagi, pahtu kena cop lagi, kena copy salinan dokumen dalam 2 set lagi..adehhh..macam mana ni, due date 30hb september dah..sempat ke tak..aku tya member2 semua cam malas2 je nak isi. mr.F pun malas nak isi..huu try la isi malam ni, then esok gi settle cop semua kalau dah setel lusa leh la pos laju.kalau tak sempat, terpaksa lah aku di cas 3% untuk loan belajar dulu.huu total loan RM 21, 201.25 bagi course science then plus kos pentadbiran RM 3056.51 (pembiayaan x 1% x tempoh bayaran balik). mengikut surat tawaran ujrah ni, bayaran balik jika dapat 1% ujrah ni ialah sebanyak RM 140.22 sebulan. begini lebih kurang:

ansuran bulanan : RM 140.22 X 173 bulan dikira bermula 1/6/2008..ooo..maknanye dorang kan kira balik sejak awal..ok faham2.tapi jika tak dapat ujrah ni maknanya pinjaman kita kena darab dengan 3% la..huu.maknanya penting jugak la ujrah ni..

kalau tak nak potong gaji boleh ke? ada dengar2 and baca kt fb, kalau tak nak dorang potong gaji, so nti tak payah send borang potongan gaji masa pos dokumen ujrah ni nti..okay, nti nk try tak nak pos camne..harap2 dapat la ujrah ni.lagipun nti dorang mungkin akan tapis balik sape yg dapat or tak. hmm okay, payah jugak belajar tinggi2 ni then kena bayar loan lak.dalam tempoh 14+ tahun tu nak setel.insyaAllah, hutang mesti kena bayar, ingat tu.jangan jadi macam kacang yang lupakan kulit dah la.

Saturday, September 24, 2011

semarak merdeka Besut 2011

alhamdulillah pagi tadi selesai sudah sambutan kemerdekaan ke-54 bagi peringkat daerah Besut.seramai lebih kurang 35,000 peserta terlibat dalam menjayakan acara tersebut.cik zonann pun terlibat mewakili kontijen SKN7..huu setiap sekolah rendah dikehendaki menghantar wakil seramai 15 orang, tapi rasanya SKN7 yang ada cuma lebih kurang 7 orang termasuk GB. kesian gila SKN7, ntah ke mana la lagi 8 orang tu.. perarakan bermula lebih kurang 7.30 pagi bermula di SK Pusat Jerteh bagi kategori jabatan perkhidmatan awam dan sekolah-sekolah. banyak gilerr orang yang berarak,majlis daerah besut, polis, nurse, JKK, pos malaysia, skuad 4x4, TUDM, abang2 lori, gajah2, sekolah2, budak2, PEKIDA Besut, and ramai lagi lah,sampai naik penat dok tunggu kontijen habis masuk.apepun memang happening giler ah.cabutan bertuah pun best2 tapi satu pun aku tak dapat.huu..kecian giler..tahniah pada tokoh2 yang menerima anugerah, termasuk la penyimpan besar mohor2 diraja dan shahrul idlan talaha.yang bestnya dapat pulak aku bergambar dengan DJ radio kelantan.fm, Jamaliah Romi@JR@kak we..hee dah la memang minat kat dia nak2 slot AKOK..satu rumah minat kak we ni, kak we & abeng jadi pengacara majlis tu, tambah2 la happening..best2..sape yang pergi je rasa semangat and best sebab semua cam bersemangat gile nak2 time nyanyi lagu jalur Gemilang..anyway layan plak gambar2 ni k. thankiesss..
with roslina muda, kawan rapat kat skn7




meriahnya semarak merdeka 2011..

adioss amigos..salam kemerdekaan ke-54 warga besbesutloni!!

Friday, September 23, 2011

simple as SIMPLE

alahai, baru je tak sampai sebulan guna safi, aku dah nak try produk lain.hmm muka cam gatal2 lah, pimples pun makin banyak..camne ni..cuak gile..ni mungkin simptom resdung, so seafood cam sotong and udang aku dah start pantang..tgok gaya cam x ok gak. dok try nak pantang ayam lak.huu.anyway, terbaca lak entri misspolaris pasal produk yang dia guna..aku interested sangat nak guna sebab untuk kulit sensitif.nak kena bagi time jugak untuk kulit serasi dgan new produk ni. petang tadi first guna dia punya facial gel, rasa cam biasa je, xde tegang and over kering..bak kata misspolaris, kena istiqamah..haha..
okay, jom tengok SIMPLE ni ha..


haa..misspolaris,tadi kak za kan call egee tya pasal simple tu, alih2 pah bayar tengok mak aih, dah la ambik starter kit, ambik lagi facial wash yang besar, pahtu lupa lagi sebelum tu dah ambil safi and lupa nak letak balik..skang terpaksa la dok tunggu starter kit tu habis dulu..and safi ni akan digunakan in case xde perubahan pakai simple.huu

apepun, aku skang bertekad nak ikut cakap mr.F agar bersederhana." makin kita kejar sesuatu, makin tak dapat lah jawabnya"..ha ye..okay kali ni memang betul2 nak dengar cakap dia, maksudnya, selagi kita beria2 nak kejar or nak jadi cantik, makin tak jadi ler jawabnye..adehh.

Saturday, September 17, 2011

ada apa dengan 9 sept 2011? yippie!!

As-salam..

salam hari raya & merdeka ke -54.
macam mana life lepas raya? semua back to normal kan.. busy, busy, busy..adehh cik zonann rasa tak terlarat dah.. i need holiday!!heee..

cik zonann nak share something la..from the past Friday, 9 Sept 2011, cik zonann dah mula start countdown..ada 8 bulan lagi sebelum cik zonann bertukar status..jangan ditanya bagaimana perasaan ni, mulut memang tak tertutup la asyik senyum je. but sekarang dah rasa kelam-kabut..okay, cool down, banyak lagi masa sebelum Mei 2012.

cik zonann nak bersederhana dalam segala hal.nawaitu kena betul kerana Allah taala. semuga dipermudahkan segala urusan.cik zonann sekarang start belek2 majalah and survey mana2 yang patut, coz awal tahun dah start kena book semua.insyaAllah semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. kepada kawan2 yang baca, harap doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi..hee..

Thursday, June 23, 2011

..ubat penat lelah..

Alhamdulillah, 'Program Tak Nak Obesiti dan Diabetis' anjuran PPD Besut-Setiu-K.Terengganu..program dirangka khas untuk budak2 obesiti and cik zonann yang kena jadi guru pengiring bawa 40 orang students dari daerah Besut ke Pejabat Latihan Kemas, Pak Kancil, Setiu. Guru pengiring yang 4 orang telah tinggal satu iaitu cik zonann ni je yang ada untuk handle budak dalam bas.dalam hati tak putus2 doa semoga semuanya dipermudahkan.almaklumlah cikzonann tak ada pengalaman bawa budak ramai2 pergi jauh2 ni..takut apa-apa jadi, cik zonann takut lah dipersalahkan pulak.Alhamdulillah, kami selamat sampai di Pak Kancil , room memang superb berecon bagai macam hotel, makanan pun best buat cik zonann tambah lagi 2 kg, bagus sangat!!. Credits to the organiser and the contractor, and after 3 days 2 night, now i'm home!! best gilerr dapat bau rumah and so on.syukur sangat cik zonann dapat pergi program tu sebab dalam dok jauh2 dengan semua orang, cik zonann dapat bermuhasanah diri. nanti cik zonann cerita pe yang telah berlaku pada diri sendiri k...so esok, banyak task telah menunggu, laundy sir, laundry,,laundry..and room services..waaaaa....

By the way, ada ubat untuk semua penat-lelah 3 hari tu..dapat call dari sekolah lama..i finally got the confirmation letter!!!!! Alhamdulillah, bersorak2 cik zonann dalam kereta sampai terkejut adik cik zonann tengah drive..heehe.. akhirnya cik zonann telah rasmi sebagai seorang cikgu..yahoo!!

Monday, June 20, 2011

AYAH yang teristimewa..

salam..
semalam kalut satu dunia menyambut hari ayah..sana-sini wish happy father's day to bapa masing-masing..ada yang celebrate dengan kek, bawa ayah/abah/ayahanda/walid masing-masing pergi jalan2 dan sebagainya..gembira kejap ayah2 seluruh dunia kerana anak-anak pakat dok ingat kat dia..semua orang hari tu pakat dok nak wat baik kat ayah masing-masing..kalau boleh nak penuhi segala impian ayah. tak nak buat ayah kecik hati and pendek kata semua layan ayah masing-masing bagai raja. Alhamdulillah, semua orang anak yang baik..ingat kat ayah masing-masing kan..

Dalam dok kalut2 semua orang wish father's day, aku pun tak terkecuali teringat kat ayah aku, alhamdulillah umurnya masih panjang. sehat walafiat. aku pun macam semua orang, kalau boleh nak penuhi semua impian ayah. nak buat ayah happy memanjang..nak bawa ayah gi jalan2 as he loves travelling a lot. namun aku tak pula wish ayah happy father's day secara terbuka..pagi tu aku pandang ayah, tengok di kiri kanan matanya, ada banyak kedutan. tengok lagi di pipi, semua sudah seakan jatuh ke bawah. aku tengok lagi lengan dan jari-jemari ayah, ada banyak lebihan kulit. aku tidak mahu memandang lama ayah..maafkan aku..
bukan sebab aku bencikan ayah, tapi sedih sangat melihat dirinya yang sudah tua..sedih mengenang segala pengorbanan ayah membanting tulang mencari rezeki. aku sayangkan ayah sangat-sangat.

Setiap kali memandang ayah, ada satu perasaan sayu. aku tidak mahu ayah cepat tua. bukan malu, tetapi aku tidak sanggup kehilangannya. ayah, angah mohon maaf jika banyak salah-silap selama hidup di dunia ini..maafkan segala kelakuan dan percakapan yang menyinggung hatimu..angah tak mampu nak bagi segala kemewahan seperti orang lain. namun, cuma satu yang ayah boleh harapkan, angah akan jaga ayah dan ma sampai bila-bila. semoga ayah dan ma panjang umur. Terima kasih ayah kerana setiasa menyediakan lawak buat kami ketawa, mengatakan tidak mahu pada semangkuk maggi yang ayah baru sediakan hanya kerana kami turut inginkan, menghantar kami ke mana saja tanpa keluhan. terima kasih ayah, jasamu tidak terkira.

Ayah, kami tak mahu menyambut hari bapa sedunia kerana kami tidak ingin meletak hari untuk mengingatimu. kami ingin menghargaimu setiap hari. kerana engkaulah ayah kami yang teristimewa, hanya doa kami titipkan agar ayah dan ma sentiasa sihat dan bergembira. amin.

Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ayah, hargailah mereka, bukan duit yang inginkan, tetapi masa dan kasih-sayang bersama.
Titipkanlah doa buat mereka seandainya mereka telah tiada. semoga mereka gembira dengan doa-doa kita.

ayah and cik mia

Sunday, June 19, 2011

dari rumah lama

 salam,
sila2 lawat rumah lama ye..
http://zonann.wordpress.com/

thanks!!