Friday, December 7, 2012

The Life of Pi film review

Err, dah nak tengahari tapi masih ngadap lappy.bila nak gi masak ni..cam malas pulok sebab esok nak balik kampung..yeay!!.

Semalam kami gi dating, hmm dah lama tak gi dating tengok wayang cam zaman bujang..auww feeling lebih-lebih semalam..suami dah siap-siap beli tiket online, kami pi tengok kat OU.. wayang pukul 10 malam.sempat la seinggah Giant, Kota damansara jap beli barang nak buat kek batik..hehe. suami geeng kepala je, dalam dok singgah beli barang simple2 je pun dah habis dekat seratus..mahal betul barang sekarang ni ek??


wayang yang kami pi tengok tu tajuk dia The Life of Pi. kalau ada 10 bintang, 10 bintang la saya kasik. 10 stars!!!!!.. tak tau lah kenapa memang best cerita tu kalau bagi tiket free pun memang nak gi tengok lagi.. cerita berkisar tentang kisah hidup Piscine (Pi) yang berjuang di tengah laut dalam bot yang kecil dengan seekor harimau Bengal. nampak macam simple je cerita tapi sarat dengan pengajaran dan motivasi. hmm.. maca terasa saya pulak di tempat Pi.. kisah ini bagus ditonton oleh segenap masyarakat terutama individu yang sedang berjuang dalam hidup..memang motivated betul lah. sedih pun ada gak. memang berair jugak la mata tengok ending dia. last sekali kisah ini akan mengajak kita berfikir secara logik.. terserah kepada kita macam mana nak menilai filem tu mengikut persepsi. Pi meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini.. selagi hidup selagi itu kena berjuang. Don't give up because Allah swt is always there to help u, berdoa dan berdoalah.

this film is worth watching.. 10 stars!!! thumbs up !

Thursday, December 6, 2012

Tips pujuk suami

Perhatian, tips ini hanya untuk isteri sahaja ye. gf ke bff ke tak boleh guna. InsyaAllah sama-sama manfaatinye ye. Kalau berlaku perselisihan faham dan gaduh itu adalah adat dalam rumahtangga. walaupun saya masih lagi kategori honeymoon, namun harus juga perkemaskan diri dengan ilmu-ilmu rumahtangga.

Sudah semestinya apabila berlaku sahaja pergaduhan antara suami-isteri, si isteri sering sahaja merasa sangat sedih dan tidak bermaya. Isteri haruslah sentiasa berfikiran positif dan kuat agar rumahtangga yang dibina berkekalan. Jangan terlalu ikutkan emosi dan perasaan kerana syaitan mudah menguasai diri kita saat kita sedang tertekan. Isteri haruslah bersikap bijaksana. Jadilah isteri dan suri yang disayangi suami dengan bertenang. Bukankah diam itu lebih baik daripada memaki hamun suami atau melalak seperti orang yang kurang waras. Isteri yang dapat mengawal marah dan bersikap tenang adalah kebanggaan suami. Normal bagi suami yang sedang marah akan menjauhkan dirinya buat seketika. Biarkan dirinya berdiam diri seketika, biarkan suasana senyap sebentar. berikan dia ruang untuk berfikir. kadang-kadang lelaki yang berdiam diri selepas bergaduh tidak semestinya dia masih dalam keadaan marah. Cuma dia memerlukan masa untuk berfikir. duhai isteri, kesiankanlah mereka. Persiapkanlah diri kita. Renungkan apa salah kita.

Mari kita tengok tips-tips memujuk suami yang menjauhkan diri;
1. buat isteri, istighfar dan ingat Allah swt terlebih dahulu. letakkan kesalahan itu pada kita. berdoalah bersungguh-sungguh pada Allah swt. letakkan segala harapan kepadaNya.
2. mohon kemaafan suami dengan sepenuh hati
3. bagi ruang untuknya bertenang. Usah diasak dengan pelbagai soalan dan maki hamun
4.biarkan dirinya bersendirian (anggaplah dia di dalam gua). jika keadaannya sudah tenang, dia pasti akan keluar dari gua tersebut
5.namun begitu, isteri harus bersikap biasa (menyediakan makanan,pakaian dll).jangan pula kita membalas dendam dengan tidak memasak. ini akan menambah kemarahannya.
6.tegurlah suami sekadar sahaja dengan mesra (contoh panggil makan. dsb)
7. urut badanya tanpa dipinta ketika menonton tv. suami pasti menghargai.
8. pakailah pakaian yang sedikit seksi dan wangi-wangian
8.jika sudah seminggu masih berdiam diri, isteri harus menegur suami seperti biasa. anggaplah suami malu untuk memulakan perbualan..bukankah ego lelaki tinggi.

setiap lelaki berbeza sifatnya, namun setiap isteri harus bijak mencari cara untuk memujuk suami masing-masing. semoga kita semua menjadi isteri yang solehah. lebih baik kita memilih untuk memaafkan dan mengalah kerana hikmah perkahwinan itu sendiri adalah untuk memperoleh ganjaran pahala dari Allah swt. suami hanyalah pinjaman dari Nya semata-mata. berdoalah semoga pinjaman itu berpanjangan dan berkekalan sampai ke syurga.

Doa ketika hujan dan ribut

ketika artikel ni ditulis, hujan lebat dengan kilat petir sabung-menyabung. hmm jom sama2 amalkan doa ni.


Dipetik dari blog Shafiqolbu: boleh kita sama-sama manfaatinye.

Ar Ra’du (petir) adalah suara yang terhasil dan dapat didengar dari awan. Manakala As Showa’iq (kilat) adalah api (cahaya) yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir yang kuat.
.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya tentang petir, lalu Baginda Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam menjawab;

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

 “Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”  (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)
.
Ali radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga, “Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”
.
“Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah SWT, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya.” (Lihat Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/263-264)

Wallahualam.

Wednesday, December 5, 2012

Tips bekerja di tempat baru

Since ni dah masuk bulan December, so tinggal lagi sisa-sisa cuti sekolah lebih kurang 3 minggu. fuh.sekolah nak mula dah. maknanya tahap hormon estrogen dah mencanak naik ni.macam mana agaknya sekolah baru tu ye.hmm..tetiba takut pulak kan..yela sekolah lama dah best2 pahtu kena pindah pulak.betullah kata orang bertemu dan berpisah memang adat.ceewah..tapi penghijrahan kali ni mungkin untuk tempoh yang lama, since kali ni ikut suami. so lepas ni tak ada excuse lagi lah nak tukar sekolah (except sekolah jauh sikit dari rumah dalam 10km,hmm hopefully boleh cari rumah untuk di beli di area tu) kalau tak, hehe kena pindah cari sekolah dekat sikit.

tak kisah dekat ke jauh sebab suami yang hantar nanti.hehe. kesian kat lesen kereta dok terkepit je dalam purse, harap sangat agar ada masa terluang nak belajar balik bawa kereta.apa tah yang ditakutkan sangat nak drive ni.

takut.risau.gemuruh. perkataan-perkataan negatif tu lah yang selalu ada dalam diri ni.hm, azam baru nanti nak jadi lebih berkeyakinan and dapat enyesuaikan diri di sekolah baru.mari kita tengok tips2 berikut:

1. Sentiasa senyum dan beri salam kepada semua orang.
2. Jangan memencil diri, sertai rakan sekerja dalam setiap aktiviti.
3. Jangan terlalu pasif atau terlalu dominan sewaktu berbual.
4. Hormati rakan sekerja walaupun jawatan mereka lebih rendah daripada anda.
5. Jangan memilih rakan, cuba berbaik dengan semua orang.
6. Jika rakan sekerja anda memberi tunjuk ajar, berikan perhatian walaupun anda sudah tahu perkara tersebut.
7. Jika terdapat konflik di tempat kerja, cuba elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak.
8. Tunjukkan sifat rajin agar anda lebih senangi oleh rakan-rakan sekerja.
9. Bertanya jika tidak tahu, jangan jadi bodoh sombong.
10. buat kerja yang orang lain tak mahu buat (fill in the blank)
11. jangan bergosip dan mengulangi/bertanya tentang khabar angin (rumours)
12. be creative and work hard
13. Jaga penampilan diri dan pertuturan.

hehe diharap agar tips ni berguna untuk saya dan anda.sekian.

everyday i love you

 to my dearie husband,

I don't know but I believe  
That somethings are meant to be 
 And that you'll make a better me 
 Everyday I love you
I never thought that dreams came true
 But you showed me that they do
 You know that I learn something new 
 Everyday I love you
'Cos I believe that destiny Is out of our control (don't you know that I do)  
And you'll never live until you love 
 With all your heart and soul.
 It's a touch when I feel bad
 It's a smile when I get mad 
 All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you more 
 Everyday I love you
'Cos I believe that destiny Is out of our control (don't you know that I do) 
And you never leave until you love 
 With all your heart and soul  
If I asked would you say yes?  
Together we're the very best I know that I am truly blessed 
 Everyday I love you
And I'll give you my best
 Everyday I love you

Friday, November 30, 2012

thank you abang

semalam terbangun pukul 2 pagi sakit perot period pain..adoii makin jadi2 pulak..kuar masuk toilet ada la lebih sepuluh kali plus muntah spaghetti.. last2 dah takde benda nak muntah, kuar buih je..nak kejutkan suami kesian pulak ingat esok dia nak gi keje.hmm. dah dok muntah2 bergegar satu blok tu, suami bangun urutkan belakang..sob2..buatkan milo panas..sob..sob..mekasih..hu..hari ni pagi2 dapat message dari suami kat opis, get well soon sayang..love u so much..aduss..tq bi..hehe.

.

spaghetti mix meat spicy

semalam lambat masak sebab takut dengar guruh kilat dentum dentam kat luar.somi pulak tak ada..hmm lebih kurang pukul 8 pm dia sampai, baru la nak gi masak..somi ajak makan luar je.since sume barang dah prepare awal2 so teruskan je la masak.perasan jadi orang putih jap makan spaghetti..hehe resepi sangat simple and dimodified dari resepi yang ramai orang pernah buat.


sesiapa yang google2 cara nak masak spaghetti..ni la resepi yang bahan2 mudah korang nak jumpa. kira-kira ala kampung.kalau nak cari yang ada guna bahan susah tu lambat lak nak makan kan.

*bahan-bahan:
san remo spaghetti (kalau makan berdua guna suku je)
sos spaghetti
daging kisar
ayam potong kecil
3 bawang putih
2 ulas bawang merah
 10-15 biji cili api (ikut suka)
tomato puree (kalau tak ada kisar je tomato)
kobis dipotong kecil

*cara-cara:
spaghetti direbus hingga empuk..masukkan garam secubit.letak minyak elak melekat.
Ketepikan.
1.tumis bawang, cili api
2. masukkan daging kisar dan ayam
3. masukkan tomato puree then sos spaghetti
4.masukkan perasa
5.masukkan kobis
siap untuk dihidang..

selamat mencuba!


Thursday, November 29, 2012

ayam puan masak hijau

hehe nama resepi cam extreme sikit..hehe..sebab puan yang masak kan, so saje2 letak nama bagi glam gitu..kui2..okay tengahari ni saya masak lauk ni untuk somi lunch..kelam kabut masak awal sebab somi balik awal sikit..





taraa!! ni la dia..sesape yang belum pernah try resepi ni.cuba la sedap la habis sepinggan nasik..yum..yum..

*bahan-bahan:
ayam (potong sesuka hati)
daun ketumbar
3 bawang putih
2 ulas bawang merah besar
halia 1 cm
cili hijau 5-6 biji
serai
garam & gula secukup rasa

*cara-cara:
1. goreng ayam sedikit garing.ketepikan
2.blend daun ketumbar, halia dan bawang
3. tapis dan tumiskan bahan tersebut bersama serai sehingga naik bau
4.masukkan garam dan gula secukup rasa
3.masukkan ayam.sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba!

berjaya eg-tukar!!

fuh!! entry ni dah basi..hehe..dah lama kuar result eg-tukar hari ni bru rase nak tulis..sebagai kenangan untuk diri sendiri..malam tu ingat lagi dalam kul 10 kot (result boleh check 9.30 pm)..saje check lambat sebab takut line jammed..hehe..
dok berdua dgan somi dlm bilik sambil pegang tangan..haha sebab takut.. somi yang excited nak check..muka dia relaks je..dalam hati ni dok doa campur redha je..siapkan diri jangan terlalu mengharap..poyo je.
jeng..jeng..jeng..


tak nampak eh..klik untuk besarkan..haha..


waaaa.. sama2 menjerit..bi. kita dapat bi..somi terlebih excited..yg kite ni xtau nak rasa pe..baca betul2 dulu..keh2..pahtu rasa sedih sebab lepas ni kena berpisah dengan ayah and ma..sedih sangat..hmmm..Allah swt tau yang terbaik..berbelah bahagi betul nak pindah ke tak..diluah mati mak di telan mati bapa..ape pun dah bergelar isteri kena utamakan suami..huk..semoga penghijrahan dan pengorbanan ini diberkati dan dikurniakan hikmah yang tak ternilai..amin..alhamdulillah..kite doa semoga kawan2 lain juga berjaya pada bulan 6 2013 nanti..amin..
kisah moksuku yang sudah hampir 7 tahun mengajar di johor tanpa suami tersayang yang mengajar di terengganu. dengan anak2 kecil 5 orang dan seorang ibu tua yang sudah uzur.bagaimana nak jaga semua tu tanpa kekuatan dari Allah swt? betapa kudrat Allah swt kurniakan itu sangat luar biasa. mengandung sorang2 dan lahirkan anak tanpa suami disisi..cuma kawan2 penguat semangat..MashaAllah..semoga semua sahabat diberi kekuatan yang sama.bagi moksu sekarang alah bisa tegal biasa.
2013 akan bermula dengan semangat baru.yeay!!

sk damansara jaya 1..here i come..
good bye sk nyiur tujuh tempat penuh kenangan..

Wednesday, November 28, 2012

demam kura-kura

hmm badan panas semacam 2,3 hari ni sampai somi pun perasan..pagi ni pulak macam tak larat..demam kura-kura kot.hehe..so masak simple2 je la eh encik somi..im so sorry..hehe

Tuesday, November 27, 2012

popia goreng rangup

petang semalam dah bebel pasal nak buat popia nak kasi jiran kan?
hehe..dah buat la dalam 20 gulung then bagi sepinggan..ketuk2 pintu bagi salam..hehe apa lagi 
perkenalkan diri jiran baru..kui2..mak aii ramainya dalam rumah tapi macam senyap je tak macam kami dok dua orang macam sepuluh orang bising somi kata..kuang2..

salam dah perkenalkan diri pun dah,ape lagi cabut la masuk rumah..pintu ke pintu pun tak sampai sekaki je..haha.maklumlah apartment..haha..poyo je.

ok nak share la resepi ni mana tahu ada yang teringin nak makan popia rangup simple..

popia rangup


*Bahan-bahan:

kulit popia (yang best brand PERTAMA)
taugeh
lobak
isi ketam
garam
minyak
air

*cara-cara:
1. parut lobak dan gaul bersama taugeh
2. masukkan isi ketam yang dicincang halus
3.masukkan sedikit garam dan gaul rata
4.sekarang boleh gulung popia &lekatkan dengan air
5.goreng pun sodapp
6.boleh maman dah!

*sos:
cili giling
air
gula secukup rasa
bawang putih

*cara-cara:
tumis bawang, masukkan cili giling, gula dan air.

selamat mencuba..makan time suam2 mabeles!!

Monday, November 26, 2012

menu tengahari-ayam, bilis dan buncis

salam.

hari ni masuk minggu ke-2 dok umah berdua dengan somi. setelah siap kelengkapan dapur, semalam first time dapur che kiah berasap..semalam menu ringkas je sup ayam. hari ni menu lunch untuk somi balik makan ialan ayam black pepper, sambal bilis kentang dan kacang buncis masak telur..
ni baru ada masa nak rest jap sebelum projek popia jap gi..hehe nak bagi kat jiran sebelah rumah sebagai tanda perkenalan..dah seminggu duduk pun masih tak kenal sape jiran..hehe..

okay ni antara gambar yang sempat di snap;
ayam black pepper

sambal bilis kampung
buncis masak telur kari
ni je la yang mampu buat, dah masak banyak2 malam ni panaskan je..hehe.


RESEPI AYAM BLACK PEPPER

*Bahan-bahan:
ayam dipotong sederhana
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
halia
serbuk lada hitam
lada hitam ditumbuk kasar
sedikit garam
serbuk kunyit 
kicap
sos tiram
 tomato (jika suka)

*Cara-cara:

1.perap ayam dengan kunyit dan garam sekejap kemudian goreng garing.ketepikan.
2.tumis bawang, halia, hingga naik bau kemudian masukkan bahan lain kecuali ayam dan tomato.
3. masukkan ayam beserta tomato. 
siap untuk dihidang.

taraaa. selamat mencuba!

Saturday, November 24, 2012

good morning saturday!!

hmm bangun pagi2 basuh baju sediakan breakfast..now kat opis!! opis somi plak tu..wakaka..poyo je en. somi ajak pegi opis wat keje..sebelum tu kitorang gi survey sekolah baru..adoiyaa jalan jemm camne nak drive..hahhha

Friday, November 23, 2012

baju majlis bertandang

kalau masih dok mencari2 jenis fesyen bertandang, ape kata try yang tradisi macam saya..syok sangat..sebab masa majlis resepsi kat rumah dah pakai crown jadi tak ada rasa ralat sangat dah.
sebenarnya tak sangka pulak mak andam tu nak pakai kan cucuk sanggul tu sebab xde plak discuss pasal ni..uhuu terkezut sangat but i'm happy sebab memang dari dulu lagi niat dalam hati nak pakai tu.alhamdulillah kawen dengan orang negori dapatlah merasa.

bagi yang di luar negori sembilan pun, kalau nak try tradisional versi boleh je request kat butik pilihan masing2 kan.sekarang ni butik yang sediakan semua..pengantin sedia body je..ekeke..
layan sekeping gambar ni eh.


gambar ni masa outdoor kat rembau. pergi jalan2 dengan cucuk sanggul dah macam puteri santubong dah..haha.

baju sanding

entri ni bukan nak show off..hehe.. mesti bride-to-be kat luar sana dok sibuk skang kan google design2 baju untuk hari bersejarah nanti kan..macam saya hari tu juga..google punyalah google pahtu dah sampai kat butik, dah lupa design yg dok google tu..hehe.. senang cite pilih je kat butik..nak design sendiri kos mahal la sikit kan..

macam saya, butik pilihan ialah shazswedding.. kenal ni pun melalui blogger izyan jugak.thanks egee. services memang tip-top nak melayan karenah pengantin yang banyak songeh ni..hehe..
anyway layan je eh gambar pelamin, mekap and baju sanding and persalinan dari butik tu..ohsem!

baju sanding

pelamin

by shazswedding

baju akad nikah by shazs, tudung milik sendiri

okay, the amazing fotography is by MFK studio.. hehe gambar yang tak ada tag MFK tu gambar kamera cikai sendiri..hehe..okay sekarang u ols mesti dah ada sikit2 idea kan..so start to plan.. Good Luck!

aku terima nikahnya

buat bakal pengantin di luar sana, trust me, saat akad nikah lah paling ditakuti lelaki walaupun dorang cakap steady je..encik somi kata takut giler..hehe..saya plak boleh sengih2..serius tak rasa pape..dok tunggu jugak bila nak rasa sedihnye..mungkin excited tu lebih kot.. so far alhamdulillah majlis akad berjalan lancar tup2 dah habis..eh..dah habis? hehe..air mata tak gugur pun..

ni la detik sang jejaka yang nerbes tapi nampak steady..cayalah..


semoga perkahwinan ini diberkati Allah swt..amin..

Thursday, November 22, 2012

tudung nikah cun Ayu Raudhah

salam.
pencarian tudung nikah dah berakhir..malas nak panjang cerita ini la hasilnya..taraaa..

suka sangat sebab ada mutiara2 berterabur and veil yang ada lace..mcm klasik gitu..hehe..apepu thanks pada kak suriana yang pos dari sarawak.perjalanan tudung ke sini pun tersangkut-sangkut..huu boleh plak sampai ke kuantan..nasibla adik ada kerja ke kat sana. bolehlah penerima tu hantar and maka selamatlah tudung tu sampai ke tangan..ehehe alhamdulillah.
lupa plak nak cakap, sape2 teringin nak sewa inner raudhah ni pm la ye..selain tu, ada lagi tudung mutiara warna purple, pink and veil pink..bawah ni gambar veil yang ohsem tu.walawei.


 okeh, pls contact via fb kalau nak sewa..thanks and have a nice day =)

tips diet cepat kurus

heloo..
i'm back okay, lepas beberape bulan cuti berblogging.hehe..al-maklumlah pengantin baru..ahaks..
ni pun sebab suami keje so ada la banyak free time..emm tak tau nak watpe? bosankan kalau cuti lama2..apepun syukur atas nikmat cuti ni.

imbas kembali sikit pasal wedding hari tu, alhamdulillah semua impian tercapai.puas hati dan syukur sangat sebab semua yang dikehendaki tercapai.alhamdulillah..yang paling happy sangat adalah sebab berat turun kepada 50 kg..ngeeee..

yelah mula2 fitting baju pengantin rasa ketat sangat..rasa sedih TT tak yah cakap lah..suami pun dok jeling2 sindir2 je..hehehe.nak tau tak cara slim extreme yang selamat kot..kebetulan waktu tu bulan puasa so alhamdulillah.Allah swt dah rancang sebaiknye kan..ambil kesempatan waktu berbuka, makan hanya beberapa sudu nasi je (approximate 2-3 spoon)..lebihkan sayur2..penuhkan portion dengan sayur je.lauk-pauk macam biasa. cuma air manis tu no-no lah okay..lebihkan minum air kosong 3-4 liter sehari selepas berbuka hingga sahur. emm kalu excercise tu tak ada lah kot just buat kerja2 rumah biasa and suka bergerak je time kerja.

cubalah mana tahu okay pada badan korang! tapi ingat, kalau hari biasa kena makan at least 3 kali sehari..cuma jaga portion..so sekarang saya tak ada dah kira kalori. diet ni kena la rajin kan and istiqamah.tak akan nampak kesan dalam masa seminggu. at least3-4 minggu. saya sebulan baru nampak hasil.emm..kena teruskan ni sebab dah lama tak diet lepas kawen ni.hehe.

Thursday, May 31, 2012

veil indon

eee bila boleh pergi tengok an d fitting baju nih, nak cari tudung pun terbantut..semua kerja tak jalan..cari kasut lagi..anyway i ada search kat internet, tudung ni lawa gile, pakai akad nikah pun orait ni..






  lawa kan..hmm..

when you're gone- Avril Lavinge

I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
And the days feel like years when I’m alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now
[Chorus]
When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you
I’ve never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now
We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I’d do, I’d give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah

Sunday, April 29, 2012

apam polkadot cute

as salam.

semalam saya try buat apam polkadot atas permintaan ibu tersayang for the second attempt. percubaan pertama awal tahun lalu kurang berjaya rasanya sebab;
- air kukusan belum mendidih sepenuhnya, dah letak apam
-xmasukkan ovelette (sangat penting ni untuk apam yang gebuss)

kemudian, semalam try buat and dengan success sekali apam tu jadi gebu and tekak pun rasa sedap.tak tahulah ma and yang lain rasa camna. buat banyak2 and bawa gi sekolah, adik pun tumpang bawa gi office dia jugak..alhamdulillah, masa free ni lah nak try buat macam2..latihan sebelum jadi bini orang. sebab guna paper cup yang besar, so nampak kecik je apam tu, apepun happy la sebab kali ni menjadi..betul lah kata orang, dont give up easily, practice makes perfect!

hehe paper cup yang besar belasah je sebab xsempat beli

okay, sesiapa nak try, ni ada resepi, senang saja..
resepi dia:

bahan-bahan:

3 biji telur (dr peti sejuk)
275gm gandum
220gm gula halus
150gm susu segar (belasah susu cair je)
3 sudu baking powder
1 sudu teh ovelette
filling (blueberry or choc)
pewarna

cara-cara:

-mix kan semua bahan and pukul kelajuan maksima selama 6-8 minit
-bahagikan adunan and warnakan ikut pilihan
-masukkan setiap warna dalam piping beg
-picitkan sedikit warna ke dalam mangkuk kertas then dot-dotkan dengan warna pilihan
-picitkan filling secukupnya (saya masukkan ditengah2 and lapis dengan warna asas baru dot-dotkan dia)
-kukus dalam kukusan yang dipanaskan terlebih dahulu selama 1--15 minit.

taraaa..dah pun siap. simpan dalam bekas bertutup bila dah sejuk ok untuk elak jadi keras..selamat mencuba..esok try pavlova lak.wish me luck!


Thursday, April 19, 2012

aku dan gemokkkkk

as salam

semua wanita nak kelihatan cantik, berseri, slim molim kan? huu nak tanya korang, puas hati tak dengan bentuk badan? entahlah dari kecik lagi i ada prob ni..masa kecik2 sekolah rendah badan sihat2 jugak, tapi tak ada lah chubby sangat.lepas tu masa darjah 6, boleh pulak sedar dari lamunan and bertekad nak kurus.memang tak makan nasi la, entahlah i pun tak ingat macam mana boleh setekad itu padahal masih budak lagi kan. then the result memang betul2 wow..memang kurus giler, cekeding, cicak, keremping and semua lah seangkatan.tak sure lah sebab masa tu dah masuk sekolah menengah kan, mungkin sebab busy and aktif ke boleh kurus gitu. tapi memang betul saya diet gile2 time tu..masa form,member2 dok panggil cicak. tetibe sedih plak.huk. tengok gambar pun muka cam sakit je..seyess memang tak lawa langsung dengan cengkung..then masa form3 mula bertekad balik nak berisi..huu..tak pernah nak syukur kan? so apa lagi cari tips camne nak berisi. terbaca lah kisah penyanyi As feminim yang dah berisi sikit sebab makan berat awal pagi..huu lepas tahu kisah tu memang saya makan nasi je pagi2 buta..tapi xnaik jugak..hu.lepas spm masuk matrik melaka, berat mula naik dari 40 something ke 48.. best kan? masa tu excited and happy sangat..okay dah memang nak maintain je.. then further study kat UMS.walah, berat naik mencanak2 la sehingga 54.huu memang tembam la kan time tu dengan umur yang masih muda..hukk cedihnye..lepas graduate, kerja di KL,  berat naik lagi dalam 56kg..huu.then sambung study kat IPGM KDRI, masa ni memang kategori obes dah kot, 60kg..sedih sangat tau..tengok gambar je macam ada belon kat pipi, baju2 tok sah cakap lah semua ketat2..malu sangat.then posting kat SKPJ, berat turun sikit2 sebab aku dah pandai control makan, and ada wat exercise sikit2. then transfer ke SKNT, aku gile2 exercise plus jaga makan, then turun 55 kg, alhamdulillah dekat setahun dah leh maintain ni...harap2 boleh lah turun 50kg sebelum bulan 8. good luck to me!!

Sunday, April 15, 2012

diet yo-yo oo je..

malam ni makan nasi lemak 3 sudu, sekeping roti coklat, air milo..hopefully calory intake xde la ngeri sangat..dah malas nak baca calory kat plastik roti tu..cam xde mood dah sekarang nak diet..makan main sebat je..minggu ni lak baru nak start balik exercise..adoii. sakit-sakit badan ha.. karang dah perasan kurus sikit mula la makan banyak tak hengat..yo-yo oo je..huu..harap2 la turun to 50kg or at least maintain..adoiii..penat la asyk berdiet ni..boleh ke nak macam ni je..hukk..

Saturday, April 14, 2012

sakit bermusim

as salam...

betullah kata orang, setiap orang ada ujian yang berlainan..ada yang diuji dengan kekayaan, ada yang diuji dengan kemiskinan, kesihatan, kesakitan, dan bermacam-macam bentuk ujian. tinggal lagi bagaimana kita nak deal dengannya kan. hmm..2-3 minggu ini family aku diuji dengan pelbagai jenis penyakit..mula-mula kakak satu family terkena keracunan makanan hingga ke unit kecemsasn hopital seremban, kemudian ayah pulak hypertension, then baru nak reda, adik pulak demam panas,..hmmm..sembuh adik, ma pulak terkena gastrik/ulser perut.baru tadi bawa pi klinik..then petang tadi juga adik ipar dimasukkan ke ward disyaki mengandung luar rahim, tapi alhamdulillah baby selamat, rupa-rupanya terkena penyakit kencing kotor?apa tu?aku pun xsure..macam-macam la kot orang baru kahwin ni.. harap-harap lepas ni tak ada dah..risau juga sebab aku je yang belum..huu harap-harap tak ada pape lah kan..aku pun dah banyak sangat ujian sekarang ni..harap mampu bertabah lah..alhamdulillah diberikan kesempatan menikmati macam-macam kurniaan Allah swt..diberikan kesempatan kasih sayang yang tidak terhingga..terima kasih kepada yang sudi berkongsi dalam kesempatan yang ada..semoga kita semua baik-baik sahaja dan diberi kekuatan menempuh hari mendatang..amin..

misi mencari tudung nikah

hmm den kena ready ni..at least start sikit2..nak cari idea camne nak pakai tudung masa akad nikah nanti..huu tak ada idea pape la..kalu boleh biarlah simple and sopan..

picture credit to kitakesitu..macehhh.. kalau boleh nak pakai yang macam ni..huu..mana nak cari ye.. ada idea tak..ke nak D.I.Y ni... ada satu lagi yang memang adorable giler ah..cam aida gadis melayu ni..tapi berangan je la..mana nak cari ekk..nice je..sebenarnya nak lari dari tudung awning biasa tu..
satu lagi cam bienda ni..hmm cantik tapi cam melaram sangat lah pulak kan..macehh seindah wajah sebab hehe copy gambar..

 i nak yang labuh tutup dada..hmm  kena pakai shawl la labuhkan.kan?
atau macam ni la last option and senang nak cari..

simple and senang..tak payah pening kepala..cuma nanti jahitkan manik2 bulat kat tepi layer tu then kat atas awning..ni yang d.i.y ni.. nak cari yang plain putih..hmm idea!
cik mood sila la muncul..bila nak ready ni cik zonann??

Thursday, April 12, 2012

i am a princess

best kan kalau betul2 jadi princess ni..dapat layanan special..macam mimpi je..tapi sekarang hakikatnya or reality nya hanya mimpi..buka mata semua tu akan hilang..tak sanggup rasanya nak hadapi semua ni..yang realitinya tak seindah mimpi..walau hanya sekejap, tapi sangat bermakna..harap tak nak bangun tidur and kehilangan semua ni.bolehkah tidur sampai bila-bila..tak nak bangun2 lagi..

no word can describe

nape la asyik berdebar2 aje ni..hmm ya Allah, jauhkanlah ape2 yang tidak baik buat diriku..semoga semua orang di bawah lindunganNya.

 saat-saat macam ni terasa mahu nangis sepuas-puasnya..kenapa mesti begini???

Wednesday, April 11, 2012

pls dont be so sad

macam2 yang berlaku, hidup perlu diteruskan...duhai hati jangan bersedih2 okay..senyum,smile..zonann plase dont cry.lama giler xbuat ayat tu.. ayat faveret zaman2 dulu..'zonann don't cry'..sekarang kena lagi kuat..betul2 tak boleh nangis.

Allah swt saje yang tahu..hmm insyaAllah ada hikmahnya..amin.

Wednesday, April 4, 2012

berita gumbira!!!

yeay, new baby in the making! what a lovely surprise. balik sekolah pukul 3 berjemput dek si adik n wife. then singgah farmasi sat..pahtu tengok adik iporr tersipu2 depan kaunter main tolak2 dengan husband dia..ape plak  ni.nak beli pe..kakak penyibuk pun mcm blh agak je..terus direct je tanya, nak beli pregnancy test kit ke? hehe dorang gelak..i pun terus je bagitau adik kat kaunter tu..malu eh..aku pulak yang tak malu..huu mungkin sebab aku macam dah tua2 sikit. and lebih matured berbanding budak2 tu walaupun belum kahwin.hu..xpe2 pengalaman nih..balik umah terus dia pi check..tengah dok cuci2 muka, adik suruh i tengok kat kit tu, eeeeee dah ada dua line lah! hehe kakak penyibuk yang over excited ni terus telefon kakak kat nilai and makcik..report! wahhhh semoga semuanya baik2 sahaja..tetiba rindu mia..anak sedara first..dah tuooo makcik ni..bila nak ada anak sendirik?

Tuesday, April 3, 2012

rindu?

rindukan seseorang..nothing much to say. have to bake something in order to put him out of my head. titik.

Thursday, February 23, 2012

kraf rose- rose kuning untuk sahabat..rose merah?

Alhamdulillah, meeting PPKI pagi ini berjalan lancar. walaupun tak cukup korum, sorang ada latihan sepak takraw tapi meeting tetap meeting. semua berjalan baik. i nampak kemajuan dalam kelas PPKI i. rasa cam harmoni sangat. rasanya this is the best school yg i pernah attended. lepas meeting, macam kebiasaan, teacher zee, cikgu su, cikgu jaa, cikgu din,cikgu wan, kak zura, kak pah serta budak2 PPKI akan rehat sama-sama. kitorang sangat close like family. bukan tidak bercampur dengan cikgu lain, yes ada masa kitorang makan sama-sama dengan cikgu2 lain..tak ada apa yang pelik pun. diorang faham kami biasa makan dengan budak2. lagipun, kami dengan cikgu2 lain sangat kamceng, so what's the difference?hari ini sangat enjoy..entah tak tahu kenapa.

lepas rehat, ok masuk kelas 1, i ajar S.A.S tajuk Haiwan..so far budak2 kelas ni boleh membaca dengan lancar and faham soalan yang dijawab dalam kertas.good! hmm i suka pegang prinsip " hendak ajar budak-budak kena jadi macam budak-budak".. maksudnya, cikgu kena jadi sedikit macam diorang untuk bagi diorang faham apa yang di ajar, kan? level umur macam ni diorang suka berkawan then buatkan diorang selesa dengan kita barulah senang nak didik. but, terpulang pada masing-masing yang mana lebih selesa. for me, i prefer to choose this one. sebab kita boleh enjoy!!!! dulu..hehe..

okey, lepas kelas sains, kena ajar subjek PSV..nasib lah semalam ada baca blog member pasal kraf bunga ros. so hari ini kelas kita adalah kraf bunga ros..hehe..semua orang enjoy je buat ni..walaupun macam sedikit rumit, tapi best sebab semua orang bekerjasama.thanks to ena sebab wat entri pasal ni.
okeh, barang2 nye cuma kertas segiempat sama, pensil, gunting, and i upgrade sikit dari gam guna double tape..hehe sebab cepat and kemas je nanti hasil dia..
steps:
1.lukis corak spiral pada kertas
2.then, gunting ikut corak (akan jadi bentuk ubat nyamuk)
3. gulung kertas yang dah dipotong ikut bentuk ubat nyamuk tu
4. lekatkan double tape pada bottom sebab nak kasi kemas..

i tak sure yang member i buat macam mana pada bottom bunga tu. so far, hasil dia awesome lah. ppm i lekat2 dekat sugar paper and buat border bagi nampak macam frame..owh..this is awesome!!!
okeh, this is the first step

ambohh khusyuknye kak pah..ops! amir is right beside her

our new teacher, cikgu Sue and haziq, and aina sabrina papa-mama grrrrr..

nonproductive paper-cutting factory!! haha..sekerat jalan terus berhenti..ishh
our hardworking kak pah and kak ura
okeh, this is not finish yet!
teacher zee and 'baby'..she's trying to calm kimi down from going outside the class

okeh, i'm not in the picture..hukk..next week, bolehlah tunjuk hasil yang dah siap..tadi tak sempat siap sebab loceng dah bunyi kringgggggg!!! budak2 dah balik,cikgu jaa pun angkat beg, naik keta, balik rumah..hehe..

thanks and bye for now.love cikgu Jaa.

Wednesday, February 22, 2012

Kelas Math-Mari mengenal nombor

Okeh, ni aktiviti last yang cikgu Jaa ajar untuk Math sebelum subjek tu ditukarkan kepada cikgu baru..hukk.. takpe, cikgu Jaa tak kesah pun asal budak2 boleh faham and enjoy dengan cikgu baru. hehe. Cikgu Jaa lebih suka ajar sains and PSV sebab boleh lah kraf macam2 kan.alamak penuh lah kelas dengan projek2. kesian PPM tak larat nak layan cikgu Jaa kot..heee..Last activity untuk kelas-4 Low Function, cikgu Jaa ajar mengenal nombor. tajuk ni dah banyak kali ajar, tapi biasalah budak2 ni kan, cepat  aje lupa, kena ulang 2-3 kalu. tu pun lepas cuti panjang hai tu terus lupa semuaa..huu kesian diorang, sebab cikgu Jaa sangat busy 2-3 minggu ni, takpe2, semoga dengan kedatangan cikgu baru ni, korang akan lebih faham ye..heee..

Ni aktiviti simple sebagai pengukuhan lepas bagi penerangan. nombor bulat 1-5 je dulu sebab kalau ajar banyak2 kan terus tak boleh nak catch up semua. cikgu Jaa pernah buat ni waktu praktikal. so far, lecturer yang observe kata sangat bagus lah sebab ada terapkan unsur2 terapi psikomotor kan. budak2 istimewa mesti kena ada unsur2 begini baru lah boleh cepat melekat dekat minda kan. bahan2 yang diguna pun sangat simple, boleh je ubah-suai mengikut minat cikgu, cikgu jaa guna biji2 cam polistren guna untuk gubahan bunga, biasa ada kat kedai barang perkahwinan. gam, tali and paper wajib ada macam biasa.

barang2: paper bag, tali, gam, gunting, sugar paper

tengok diorang khusyuk, nak2 si Ain tu..
hehe..hati2 gam belum kering lagi..
Once gam dah kering, biji2 tu pun melekat dengan kemas, budak2 ni dah boleh pegang2 and rasa hasil kerja diorang, next class boleh guna ni untuk bagi diorang ingat nombor.

thanks and bye for now.love- cikgu Jaa.

Sunday, February 19, 2012

petua hilang sakit belakang?

penat sesangat 2, 3 minggu ini..tapi nasib ada orang yang sudi membuat i ketawa di sekolah. thanks!..
rasa hendak pergi berurut, tapi orang tua kata tak elok kalu belum kahwen sudah biasakan diri dengan mengurut..nanti badan jadi manja..betul ke? adehh kalau time dok sakit gini memang buat2 xdengar aje lah orang tua2 kata kan.ade petua camne hendak kurangkan sakit belakang, bahu dan leher ni?

Tuesday, February 14, 2012

dating dgan nik lagi..

ohh sebab kami sama2 bujang jadi banyak masa nak habiskan sama2..layan je gambar kami dating ye..=)
lokasi : nasi air pok awi,pantai air tawar, pukul 6 pm..

posing mesti sebelum maman..=)

okay nik, candid menjadi ..hehe


entah aksi pe la ni..

ni favourite drink this year..teh o  beng limau

sedap giloss kopok ni..bukti tinggal 3 keping lagi..hee
lihatlah dunia..makan sambil menjamu mata..
oh..licin eh makan..sah mu memang lapar..hehe

ok i like!

sedapnye..famous rice porridge ever..

 wokeh, sesiap yang mencari tempat2 makan menarik di Besut, inilah dia. sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda..Pok Awi Nasi Air, Pantai Air Tawar.~sekian.


Monday, February 13, 2012

projek keras tangan

hehe ni punya yang projek awal tahun-januari hari tu..dalam banyak2 ni memang faveret cikgu jaa..sebab nampak macam semua bersatu hati buat ni..memang pun, masa tu semua berkumpul ramai2 nak siapkan ni..cikgu wan, teacher zi, cikgu din, cikgu sura n cikgu pah..i lap u ols lah!walaupun simple giler nak buat tapi hasilnya memang osem sebab tambah2 ada ayat kat tengah2 tu 'we are family". thanks to cikgu 'sura' sebab printkan ikut idea cikgu jaa..hehe..ni kenangan yang paling cikgu jaa tak boleh lupa..semua tekap ikut tangan masing2 dibantu oleh cikgu2 yang sporting and best!! thanks to geng PPKI-SKNT..love u ols!

oh i love this one very much..we are family, right?
nak buat ni cikgu jaa guna kertas warna untuk tekap tangan. lepas tu budak2 ni sendiri yang guntung and tampal kat sugar paper. semua dorang buat, cikgu jaa cuma tunjuk contoh saje..best kan.seronok jadi cikgu ni..=)

Sunday, February 12, 2012

kelas Pendidikan Khas- peneguhan tingkah-laku- projek rumah kotak

rumah kotak yang dah senget..hehe
okay, hari ni banyak ambik gambar projek2 kat kelas..projek rumah ni last year punya. ni buat untuk kelas syahmi.sebab xlarat nak layan dia yang hiperaktif tu, cikgu jaa buat lah satu projek yang boleh  buat dia duduk diam..so far alhamdulillah semua budak kelas tu boleh sit down and can build this together. ini adalah satu peneguhan untuk Syahmi especially sebab dia sorang je yang suka membantah cakap cikgu jaa.huu..cikgu jaa pun dah kering idea camne nak dia dengar then the idea was pop-out accidently. okay, barang-barang yang digunakan untuk buat rumah kotak ni of course kena ada kotak(depends on u of what type of box do u want), gam, gunting, kad manila/kertas keras, warna air, hiasan. semua benda2 common yang selalu ada dalam kelas kan.
first, kena belah kotak jadi dua part lah.then buatkan dinding dengan mengukur lebar dan tinggi dinding yang dikehendaki.lepas tu boleh decorate dengan buat almari, katil, sinki, sofa dan lain-lain.bab-bab interior design ni cikgu jaa serahkan pada syahmi and the gang, dia sebut, cikgu jaa lukis aje..pahtu nak lekatkan benda2 ni kena lebihkan guntingan bahagian bawah seolah-olah ada tapak apabila dilipat..idea ni dapat dari Puan Kay (member lama) yang buar rumah kotak untuk anak dia.anyway thanks Kay. dah senget-benget rumah ni sebab budak2 ni suka masukkan tangan dalam ruang2 rumah tu nak pegang itu-ini..huu sabo je la kan..semua dorang yang siapkan..cikgu jaa tukang lukis je..dah siap semua siap pamer lagi and tak kasi kelas lain sentuh pun. semangat je dorang ni..hehe..sabor je lah.