Sudah semestinya apabila berlaku sahaja pergaduhan antara suami-isteri, si isteri sering sahaja merasa sangat sedih dan tidak bermaya. Isteri haruslah sentiasa berfikiran positif dan kuat agar rumahtangga yang dibina berkekalan. Jangan terlalu ikutkan emosi dan perasaan kerana syaitan mudah menguasai diri kita saat kita sedang tertekan. Isteri haruslah bersikap bijaksana. Jadilah isteri dan suri yang disayangi suami dengan bertenang. Bukankah diam itu lebih baik daripada memaki hamun suami atau melalak seperti orang yang kurang waras. Isteri yang dapat mengawal marah dan bersikap tenang adalah kebanggaan suami. Normal bagi suami yang sedang marah akan menjauhkan dirinya buat seketika. Biarkan dirinya berdiam diri seketika, biarkan suasana senyap sebentar. berikan dia ruang untuk berfikir. kadang-kadang lelaki yang berdiam diri selepas bergaduh tidak semestinya dia masih dalam keadaan marah. Cuma dia memerlukan masa untuk berfikir. duhai isteri, kesiankanlah mereka. Persiapkanlah diri kita. Renungkan apa salah kita.
Mari kita tengok tips-tips memujuk suami yang menjauhkan diri;
1. buat isteri, istighfar dan ingat Allah swt terlebih dahulu. letakkan kesalahan itu pada kita. berdoalah bersungguh-sungguh pada Allah swt. letakkan segala harapan kepadaNya.
2. mohon kemaafan suami dengan sepenuh hati
3. bagi ruang untuknya bertenang. Usah diasak dengan pelbagai soalan dan maki hamun
4.biarkan dirinya bersendirian (anggaplah dia di dalam gua). jika keadaannya sudah tenang, dia pasti akan keluar dari gua tersebut
5.namun begitu, isteri harus bersikap biasa (menyediakan makanan,pakaian dll).jangan pula kita membalas dendam dengan tidak memasak. ini akan menambah kemarahannya.
6.tegurlah suami sekadar sahaja dengan mesra (contoh panggil makan. dsb)
7. urut badanya tanpa dipinta ketika menonton tv. suami pasti menghargai.
8. pakailah pakaian yang sedikit seksi dan wangi-wangian
8.jika sudah seminggu masih berdiam diri, isteri harus menegur suami seperti biasa. anggaplah suami malu untuk memulakan perbualan..bukankah ego lelaki tinggi.
setiap lelaki berbeza sifatnya, namun setiap isteri harus bijak mencari cara untuk memujuk suami masing-masing. semoga kita semua menjadi isteri yang solehah. lebih baik kita memilih untuk memaafkan dan mengalah kerana hikmah perkahwinan itu sendiri adalah untuk memperoleh ganjaran pahala dari Allah swt. suami hanyalah pinjaman dari Nya semata-mata. berdoalah semoga pinjaman itu berpanjangan dan berkekalan sampai ke syurga.
4 comments:
Suami sy dh diam sebulan lebih. Dia tinggal di ofis dan tidak pulang ke rumah . katanya berikan dia masa...
Sy xpasti betul ke apa y blaku skrg?
Patut kah sy terus biarkn keadaan ni kerana nk berikan dia masa..sy sedar semua ni salah saya tapi wajarkah tindakannya tinggalkan sy lebih sebulan...?
Sy buntu... :(
Suami sy dh diam sebulan lebih. Dia tinggal di ofis dan tidak pulang ke rumah . katanya berikan dia masa...
Sy xpasti betul ke apa y blaku skrg?
Patut kah sy terus biarkn keadaan ni kerana nk berikan dia masa..sy sedar semua ni salah saya tapi wajarkah tindakannya tinggalkan sy lebih sebulan...?
Sy buntu... :(
kesiannye puan..sebulan tu rasa lama juga. elok lah puan berbincang dengan lebih mendalam dgn suami. rujuklah dengan orang yang lebih tua jika perlu.doakan yang terbaik dan minta pertolongan Allah swt dengan bersungguh-sungguh.insyaallah semua akan kembali normal =)
Dh hmpir 3 mggu sy x bckap dgn suami sy,sy cbe pjuk dia mggunakan cra sms sbb tiap kali dia napak sy dia lari..sedangkan dia yang buat salah,ada skandal blakang saya tapi mcm sy pulak yg buat salah.sy dh buntu..
Post a Comment