Since ni dah masuk bulan December, so tinggal lagi sisa-sisa cuti sekolah lebih kurang 3 minggu. fuh.sekolah nak mula dah. maknanya tahap hormon estrogen dah mencanak naik ni.macam mana agaknya sekolah baru tu ye.hmm..tetiba takut pulak kan..yela sekolah lama dah best2 pahtu kena pindah pulak.betullah kata orang bertemu dan berpisah memang adat.ceewah..tapi penghijrahan kali ni mungkin untuk tempoh yang lama, since kali ni ikut suami. so lepas ni tak ada excuse lagi lah nak tukar sekolah (except sekolah jauh sikit dari rumah dalam 10km,hmm hopefully boleh cari rumah untuk di beli di area tu) kalau tak, hehe kena pindah cari sekolah dekat sikit.
tak kisah dekat ke jauh sebab suami yang hantar nanti.hehe. kesian kat lesen kereta dok terkepit je dalam purse, harap sangat agar ada masa terluang nak belajar balik bawa kereta.apa tah yang ditakutkan sangat nak drive ni.
takut.risau.gemuruh. perkataan-perkataan negatif tu lah yang selalu ada dalam diri ni.hm, azam baru nanti nak jadi lebih berkeyakinan and dapat enyesuaikan diri di sekolah baru.mari kita tengok tips2 berikut:
1. Sentiasa senyum dan beri salam kepada semua orang.
2. Jangan memencil diri, sertai rakan sekerja dalam setiap aktiviti.
3. Jangan terlalu pasif atau terlalu dominan sewaktu berbual.
4. Hormati rakan sekerja walaupun jawatan mereka lebih rendah daripada anda.
5. Jangan memilih rakan, cuba berbaik dengan semua orang.
6. Jika rakan sekerja anda memberi tunjuk ajar, berikan perhatian walaupun anda sudah tahu perkara tersebut.
7. Jika terdapat konflik di tempat kerja, cuba elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak.
8. Tunjukkan sifat rajin agar anda lebih senangi oleh rakan-rakan sekerja.
9. Bertanya jika tidak tahu, jangan jadi bodoh sombong.
10. buat kerja yang orang lain tak mahu buat (fill in the blank)
11. jangan bergosip dan mengulangi/bertanya tentang khabar angin (rumours)
12. be creative and work hard
13. Jaga penampilan diri dan pertuturan.
hehe diharap agar tips ni berguna untuk saya dan anda.sekian.
Wednesday, December 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tukar sekolah mana plak Liza ? Btw, tips2 tu memang sangat membantu.. =)
hehe aku kan pindah dri tganu tersayang ke petaling jaya ni..huk
good solution liza :)
praktis ni untuk diri sendiri =)
Post a Comment