baru semamalam post entry pasal stress ni, hari ni berita harian kuar tajuk stress gak..hehe..macam terkono batang hidung sediri je..yela, polis memang kejenya lagi stress sebab nak kena keje dgan pistol and senjata mau nya tak stress, my adik yang polis tu pun hari2 suruh doa agar selamat setiap kali operasi.kitorang kat rumah pulak yang tumpang cuaknya..huu..apepun, semua kena bersyukur sebab ada kerja kan.okeh meh nak share tips atasi stress di kalangan guru especially cikgu PK;
tipsnya:
1.niat ke sekolah mestilah lillahitaala (betul2 kena perbaiki niat, bukan kerana bosan duduk kat rumah jek k)
2. jangan bertangguh buat kerja!!(very2 important to follow..kalau tak memang la stress nak hambat due date, nak submit report, dsb)
3. jangan mengasingkan diri(carilah teman untuk berborak, at least can make u smile)
4.create la suasana dalam bilik guru yang ceria (bergurau senda, bawa la kudapan untuk dishare, sekali-sekala buat pot luck time rehat)
5. jangan bawa balik masalah ke rumah (begitu juga masalah rumah ke sekolah)
6. senyum, dan sentiasa beprasangka baik (kalau sorang dua yang perangainya menyakitkan hati kita, ingatlah itu adalah warna-warni kehidupan, layan je...)
7. bertenang, tarik nafas dan jangan cepat melatah..
8.akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya dihindari dari orang-orang yang zalim..
insyaAllah inilah tips yang aku gunakan untuk kekal ceria di tempat kerja..kalau stress lagi, aku layan je budak2, nyanyi2, borak2, perhatikan gelagat dorang, then dengan sendiri nya akan tersenyum..alhamdulillah, banyak solusi yang Allah swt bagi tapi kita kena cari and terus berfikir...peace and smile!!
Wednesday, September 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment