semalam kalut satu dunia menyambut hari ayah..sana-sini wish happy father's day to bapa masing-masing..ada yang celebrate dengan kek, bawa ayah/abah/ayahanda/walid masing-masing pergi jalan2 dan sebagainya..gembira kejap ayah2 seluruh dunia kerana anak-anak pakat dok ingat kat dia..semua orang hari tu pakat dok nak wat baik kat ayah masing-masing..kalau boleh nak penuhi segala impian ayah. tak nak buat ayah kecik hati and pendek kata semua layan ayah masing-masing bagai raja. Alhamdulillah, semua orang anak yang baik..ingat kat ayah masing-masing kan..
Dalam dok kalut2 semua orang wish father's day, aku pun tak terkecuali teringat kat ayah aku, alhamdulillah umurnya masih panjang. sehat walafiat. aku pun macam semua orang, kalau boleh nak penuhi semua impian ayah. nak buat ayah happy memanjang..nak bawa ayah gi jalan2 as he loves travelling a lot. namun aku tak pula wish ayah happy father's day secara terbuka..pagi tu aku pandang ayah, tengok di kiri kanan matanya, ada banyak kedutan. tengok lagi di pipi, semua sudah seakan jatuh ke bawah. aku tengok lagi lengan dan jari-jemari ayah, ada banyak lebihan kulit. aku tidak mahu memandang lama ayah..maafkan aku..
bukan sebab aku bencikan ayah, tapi sedih sangat melihat dirinya yang sudah tua..sedih mengenang segala pengorbanan ayah membanting tulang mencari rezeki. aku sayangkan ayah sangat-sangat.
Setiap kali memandang ayah, ada satu perasaan sayu. aku tidak mahu ayah cepat tua. bukan malu, tetapi aku tidak sanggup kehilangannya. ayah, angah mohon maaf jika banyak salah-silap selama hidup di dunia ini..maafkan segala kelakuan dan percakapan yang menyinggung hatimu..angah tak mampu nak bagi segala kemewahan seperti orang lain. namun, cuma satu yang ayah boleh harapkan, angah akan jaga ayah dan ma sampai bila-bila. semoga ayah dan ma panjang umur. Terima kasih ayah kerana setiasa menyediakan lawak buat kami ketawa, mengatakan tidak mahu pada semangkuk maggi yang ayah baru sediakan hanya kerana kami turut inginkan, menghantar kami ke mana saja tanpa keluhan. terima kasih ayah, jasamu tidak terkira.
Ayah, kami tak mahu menyambut hari bapa sedunia kerana kami tidak ingin meletak hari untuk mengingatimu. kami ingin menghargaimu setiap hari. kerana engkaulah ayah kami yang teristimewa, hanya doa kami titipkan agar ayah dan ma sentiasa sihat dan bergembira. amin.
Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ayah, hargailah mereka, bukan duit yang inginkan, tetapi masa dan kasih-sayang bersama.
Titipkanlah doa buat mereka seandainya mereka telah tiada. semoga mereka gembira dengan doa-doa kita.
ayah and cik mia |
0 comments:
Post a Comment